Kawan Paling Setia

DENDAM CINTA SEMALAM (PART 12)



"Sebenarnya ,lelaki yang empunya telefon bimbit ini dan pemandu kereta vios ini mengalami kemalangan. Mangsa kejadian telah dikejarkan ke Hospital Melati ,Jalan Angsapura. Saya minta cik dan ahli keluarganya datang segera ke sana untuk memastikan keadaan mangsa yang sebenar." lelaki itu memberitahu segala info tentang kejadian yang telah berlaku. Lemah rasanya hati ini untuk menerima segala yang didengar. Sha hanya membiarkan panggilan itu tanpa dijawab. Sesak nafasnya setelah mengetahui bakal suaminya mengalami kemalangan pada hari akad nikah mereka sendiri. Seharusnya hari bahagia mereka ini perlulah berakhir dengan kegembiraan.

*     *     *

Sha dan ahli keluarga yang mengenali Amran kini berada di Hospital Melati untuk menjeguk bagaimanakah keadaan mereka. Menunggu dan terus menunggu dengan penuh kesabaran diluar bilik pembedahan. Setelah dua jam menunggu akhirnya mereka disambut dengan kehadiran doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. Sha hanya mampu melihat wajah doktor itu dengan penuh harapan agar keadaan Am berada dalam keadaan baik-baik sahaja. "Bagaimana keadaan mangsa tersebut doktor ? Amran baik-baik sahaja kan ?" Sha membuka monolog dahulu. "Keadaan pemamdu sekarang stabil ,cuma mengalami luka-luka ringan tetapi penumpangnya....." Sha mula risau ,dia menatap wajah doktor itu semampu yang boleh. "Tapi apa doktor ? Tapi apa ? Cakap doktor ,cakap !" air mata mula mengalir keluar dari kelopak mata Sha. "Maafkan saya ,keadaan penumpang sekarang amatlah kritikal ! Matanya mengalami kerosakkan akibat dia tercampak dari luar kereta dan matanya terhentak pada tar jalan. Harap banyakkan bersabar." Sha merebahkan dirinya di sebelah kerusi yang ada disitu. Kecewa dengan penerangan yang diberikan oleh doktor sebentar tadi. Harapannya punah kerana apa yang diharapkannya tidak menjadi.  "Kita perlu lakukan pembedahan mata buat mangsa itu dengan segera ,jadi saya minta persetujuan ahli keluarga agar segera menanda tangani  suarat kebenaran untuk pembedahan ini. Kalau kita lambat bertindak ,kemungkinan keadaan mangsa akan lebih teruk. Mohon kerjasama semua ya !" Sha tidak menyangka begitu teruknya keadaan Am sekarang. "Kalau kita lakukan pembedahan pada mata Amran ,apa yang akan terjadi nanti ?" ibu Am menyelit. Doktor hanya mampu mengelengkan kepalanya. "Kami belum dapat menjangka apa yang bakal berlaku nanti kerana keadaannya yang kritikal sekarang tidak dapat berbuat apa. Selepas pembedahan barulah kita tahu." dokotr itu menerangkan segalanya dengan jelas. Ahli keluarganya terpaksa akur demi keselamatan anak mereka. Seorang jururawat membawa mereka untuk mendapatkan surat kebenaran tersebut.

Apabila semuanya mengikat kata putus ,akhirnya bermulalah sudah pembedahan mata bagi Amran. Sukar dijangka apakah yang akan terjadi selepas ini. Dapatkah Am melihat kembali ? Sha dan ahli keluarga Am menunggu diruang pembedahan dengan harapan yang tinggi agar tidak akan berlaku apa-apa yang tidak di ingini. Kedatangan dua orang pegawai polis menghampiri Sha. "Assalamualaikum ,boleh saya tahu cik ni ahli keluarga mangsa kemalangan yang berada di bilik pembedahan ini." Sha tersentak apabila soalan itu diajukan kepadannya. "Iyea ,saya ahli keluargannya ! Ada apa encik ?" Sha menjawab. "Saya dan rakan sekerja saya datang untuk memberitahu bahawa suspek yang kami syak dalang dari semua kejadian ini kemungkinan Johan. Kerana pesanan ringkas yang terakhir mangsa Amran terima ialah dari Johan. Boleh saya tahu siapa Johan dan adakah cik kenal dia ?" riak wajah Sha mula berubah seakan-akan tidak mempercayai apa yang baru saja dia dengar. Sha mendiamkan diri seketika untuk mengatur bicara. "Ya Allah benarkah apa yang baru aku dengar tadi ? Semua ni kerja Joe ! Mungkin aku patut ceritakan segalanya pada mereka sekarang ,tiba masanya engkau sedar dengan segala kesilapan yang telah kau buat ni." bisik hati kecilnya dengan perasaan yang amat pilu. Sha menceritakan segalanya tentang Johan dan Sha turut juga menceritakan tentang ugutan yang diterima olehnya dari Johan kepada pegawai polis itu. Memang kilafnya kerana tidak mengadukan perkara ini kepada pihak polis dahulu. Mungkin merasa bahawa Joe hanya bergurau dan perkara ini tidak diambil serius olehnya. Dia berasa menyesal kerana tidak bertindak dengan segera sehingglah menyebabkan nyawa Amran sekarang kritikal.

*     *     *

Selepas pembedahan yang dilakukan oleh Amran sudah berjaya dan sekarang keadaan Amran kembali stabil. Sha terlebih dahulu memasuki kamar tempat Am dirawat. Melihat keadaan Am yang sebegini rupa membuatkan hatinya sebak. Dia menghampiri Am dengan harapan Am merasakan kehadirannya disitu. Menitis air mata Sha sekali lagi tanpa disedarinya. "Am maafkan Sha ,maafkan Sha sangat ! Semua ni salah Sha ,kalaulah Sha bertindak terlebih dahulu ,mungkin Am tak akan jadi macam ni sekarang. Maafkan Sha ,Am !" hatinya bermonolog. Dia hanya mampu berdoa agar Am kekasihnya cepat-cepat membukakan mata. Dia terlalu merindui lelaki tersebut. Keesokkan harinya ,Am mula siuman. Sha berada disamping Am ,kerana semalaman dia tidur disitu. "Arrggghh ,apa semua ni ? Kenapa aku tak nampak apa-apa ? Semuanya gelap !" Am mula meracau. Sha menenagkannya dengan hati yang serba salah. "Am bawa bersabar ! Sha ada dekat sini. Am jangan takut yer ,Sha ada." Am kembali tenang sedikit. "Sha ,apa sudah jadi pada mata Am ,cakap Sha ? Kenapa Am tak boleh melihat apa-apa ? Cakap Sha apa semua nih !" Am mengadu pada Sha. Sha menatap wajah Am semampu yang boleh dilihatnya. Kaku lidahnya untuk menceritakan segalanya kepada lelaki kesayangannya ini. "Am ! Am banyakkan bersabar yer." Sha menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku keatas diri Am. "Tidakkkk !!!!!! Tidakkkkk !!! Aku tak buta ,aku tak nak jadi buta !" Am menangis teresak-esak. "Am sabar ,Am ! Sha ada dekat dengan Am. Sha janji Am ,Sha tak akan tinggalkan Am ! Sha terima Am seadanya ,sebab Sha terlalu cinta dan sayangkan Am. Am jangan takut yer !" Sha memujuk Am agar dia perlahan-lahan dapat ditenangkan. "Sha ,Am buta Sha ! Masa depan Am gelap sekarang ,macam mana Am nak jaga Sha kalau Am sekarang sudah tidak boleh melihat. Sha pergilah tinggalkan Am ,cari laki lain yang mampu membahagiakan dan boleh menjaga Sha. Am sudah tak mampu lagi nak jaga Sha. Maafkan Am ,Sha !" Am mendakapkan dirinya dan tidak henti-henti menagis. "Tidak ! Tidak sama sekali ! Am tak perlu meminta maaf ,Am tak salah apa pun dekat Sha. Sha yang bersalah dengan semua ni." "Sudahlah Sha ,Sha tak salah. Jangan salahkan diri sendiri ! Pergilah Sha ,tinggalkan Am dan mulakan hidup yang baru dengan lelaki yang sempurna. Bukan macam Am !" Sha menghampiri Am dengan lebih dekat. "Am ,Sha sayangkan Am ! Sha nak hidup bersama Am ,Sha tak boleh tinggalkan Am dan hidup dengan lelaki lain. Izinkan Sha menjadi pengganti bagi mata Am ? Kita mulakan hidup yang baru yer sayang !" Am terpukau dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh Sha tadi. Dia bersyukur kerana Sha masih mahu menerima cinta darinya. Ruang kamar itu dipenuhi dengan tangisan kegembiraan.

Kini sudah 4 tahun mereka menjadi suami isteri yang sah. Rumah tangga mereka aman dan bahagia. Mereka dikurniakan sepasang anak yang comel. Anak lelaki dinamakan Mohd Haziq Haikal dan anak perempuan diberi nama Nur Alisya Melisa. Manakala Johan sudahpun merengkok didalam penjara atas perbuatannya selama ini. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atas akta tuduhan cuba membunuh dan mengugut orang. "Mana gelas ni !" Am meraba almari untuk mencari gelas buat diminum air. "Abang sayang ! Abang cari apa nih ? Kan Sha sudah pesan kalau nak apa-apa beritahu saja dekat Sha ,biar Sha settle kan. Sha merungut. "Abang cuma tak nak susahkan Sayang je." Am berkata. "Eh-eh sudah lupala tuh ,jangan cakap macam tu ! Berapa kali Sayang pesan ,sekarang ni Sha kan mata abang jadi jangan mengada-ngada ukeh !" Sha merungut. "Ukehlah ! Ukehlah ! Terima kasih Sayang ,love u until i die !" Am bercakap sambil mencium pipi isteri kesayangannya itu.

TAMAT

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...