Kawan Paling Setia

DENDAM CINTA SEMALAM (PART 11)



Khairulnisha dan Amran sudah tidak sabar lagi untuk menunggu hari bahgia mereka menjelang. Orang ramai bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai hantaran dan juga bersiap sedia untuk majlis akad nikah nanti. Sha dan Am berbual-bual di tepi berenda di rumah Sha. "Sayang ,eerrmm rasanya tak sabar-sabar nak tunggu hari akad nikah kita nanti. Rasa macam mimpi ja dapat kahwin dengan perempuan secantik Sha ni." adu Am kepada Sha. Sha memandang wajah kesayangannya Am sedalam-dalam yang mungkin. Sha memulakan bicara dengan menarik nafas panjang. "Am ,Sha nak tahu sejujurnya dari hati Am sendiri. Am ingin Sha jadi teman hidup Am kerana wajah Sha atau kerana sifat Sha sendiri ?"Am terpaku seketika dengan soalan yang ditujukan oleh Sha kepadanya. Tidak dia menyangka bahawa Sha terasa akan percakapannya tadi. "Tentulah bukan hanya kerana rupa paras Sha malah sifat yang menyenangkan hati Am membuatkan Am memilih Sha untuk teman sehidup semati Am." Am menjelaskan segala yang tersirat dibuku dadanya itu agar Sha yakin bahawa cintanya itu amatlah tulus. Terukir senyuman manis dibibir Sha ,dia sangat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Am. "Terima kasih Am ! Tapi ada satu perkara yang masih lagi menganggu fikiran Sha. Sha sebenarnya takut sangat ,takut kalau-kalau Sha tak boleh jadi isteri yang baik untuk Am. Am sanggup terima segala kekurangan Sha ?" Sha bermadah kata lagi pada Am. "Buat apa harus takut Sha ,Am yakin Sha akan menjadi seorang isteri yang baik buat Am. Sha jangan risau Am sanggup terima segala kekurangan Sha ,tidak mengapa kekurangan yang ada pada Sha dan Am kita sama-sama perbaiki yer."Am sekali lagi dapat menyakinkan Sha.


*     *     *



Kini tibalah sudah hari yang dinanti-nantikan oleh Am dan Sha ,hari akad nikah mereka berdua. Berdebar-debar rasanya dihati ini. Jurumekap yang menghiasi wajah Sha ialah kakak saudaranya sendiri yang dikatakan handal dalam selok belok solekkan. Kakak saudaranya menghiasi wajah Sha dengan solekkan yang agak nipis dan ditutupi dengan tudung yang ala-ala minik yang menaikkan lagi seri diwajahnya itu. Tidak salah lagi kalau Amran memilih Sha kerana raut wajahnya nan jelita dan  indah itu walaupun mengenakan solekkan yang tidak tebal masih kelihatan cantik dan ayu. Malahan baju yang dipakai oleh Sha menaikkan lagi seri penganti perempuan itu. "Sha ,sudah siap ke belum ? Kalau sudah siap ,cepat-cepat kita bertolak. Takut nanti lama pula mereka menunggu kita." tegur ibu semasa masuk ke dalam bilik Sha. Sha hanya memberikan isyarat tangan tanda dia menyuruh ibunya untuk menunggu dia kerana masih belum siap solekkan yang dikenakan oleh kakak saudaranya itu. "Baiklah ,ibu dan ayah tunggu diluar yer ,nak ! Nanti bila sudah selesai ,lekas-lekas turun." ibu menghabiskan pesanan yang ingin disampaikannya dari tadi lagi. Bunyi deringan telefon bimbit Sha menandakan ada panggilan yang sedang menunggu jawapan dari empunya badan. Sha mencapai telefon bimbitnya lalu mengangkat panggilan tersebut. "Hello ,ada apa ya ?" tanya Sha tanpa mengenal pasti akan gelaran yang sedang bercakap dengannya sekarang. "Hey sayang ,berhias cantik nampaknya." suara itu memuji-muji Sha. Sangkaan Sha bahawa panggilan yang diterimanya ialah dari bakal suaminya Amran. "Mestilah kena cantik-cantik ! Kan ini majlis akad nikah kita ,lagipun Sha berhias cantik-cantik ni pun untuk Am jugakan." Sha membalas bualan dengan hati yang gembira. "Sha ,Sha ! Mudah sangat u lupakan suara ni kan ,sampai-sampai u sudah tidak cam." suara itu mengejutkan Sha. Ternyata sangkaannya merosot kerana gelaran yang sedang dia bercakap ini bukannya Amran. Sha segera melihat di skrin tatapan telefon bimbitnya itu ,terpampang nama Johan disitu. "Apa yang engakau mahu lagi hah ? Tak sudah-sudahkah kau kacau hidup aku ! Sampaikan aku sudah mahu dimiliki oleh lelaki lain,kau masih berani kacau aku. Cukup-cukup la ,kau pergi cari orang lain untuk gantikan tempat aku disisi kau itu."jawab Sha dengan nada yang begis. "U ingat senang-senang i nak lepaskan u macam tu ja ! Selagi dendam i tak terbalas jangan haraplah i akan berhenti ganggu hidup u. Macam i kata dulu ,kalau i tak dapat miliki u ,maka orang lain pun tak akan dapat miliki u. Jaga-jaga sayang !" Joe memberi amaran keras kepada Sha lalu dimatikan panggilannya. Resah ,gelisah tak menentu dihati ini. Hatinya jadi tak tenang setelah mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Joe sebentar tadi. Fikirannya melayang-layang memikirkan masalah apa pula akan muncul. Rasa tidak enak akan perasaan ini seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Terlintas di fikirannya mengenai bakal suaminya yang tercinta Amran.

Sha mendail nombor Am dengan hati yang gusar. Dia ingin memastikan bahawa Amran berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Dia menunggu dengan penuh harapan agar Am mengangkat panggilannya dengan segera. "Assalamualikum my cinta ! Takkan nerves kot nak jadi isteri Am yang sah ,sampai-sampai telefon Am nih."Am membuka bicara dengan tanda sebagai mengejek Sha. Sha menarik nafas lega apabila mendapati bakal suaminya berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Rasa seperti satu beban yang dipikulnya tadi sudah diterbangkan oleh angin yang singgah sebentar di dirinya itu. "Waalaikumussalam ! Mana ada nerves ! Sha cuma nak pastikan Am berada dalam keadaan yang baik-baik saja ,jangan perasaan ukeh." Sha melawan ejekkan yang dilemparkan oleh Am kepadanya tadi. "Ala-ala ,pandai cari alasan ek ? Sudahlah Am nak bertolak pergi masjid ni ,kita jumpa dekat sana yer ! Sha cepat-cepat siap ,jangan sampai terlewat yer. Am sudah tidak sabar ni."Am berpesan kepada Sha sebelum mematikan bualan mereka. Sha masih tidak berpuas hati kerana masih tertinggal lagi sisa baki keresahan dilubuk hatinya ini sebenarnya. Dia amat khuatir dan susah hati seperti merasa bahawa akan terjadi sesuatu yang buruk kepada Amran. Tapi dia cuba untuk sembunyikan mendung diwajahnya kerana pada hari ini akan berlangsung hari akad nikah mereka. Dia tidak mahu merosakkan segalanya. Terdetik dihati Sha "Ya Allah ,Engkau lindungilah bakal suamiku ini Amran dan lancarkanlah segala-galanya yang bersangkut-paut dengan majlis akad nikah kami ni. Sesungguhnya hambamu ini amat menyayanginya Ya Rabbi !" menitis air mata Sha tanpa disedari olehnya.


*     *     *


Majlis akad nikah diadakan di Masjid Arshad di Jalan Pangsapuri. Ahli keluarga Sha dan rombongan penganti perempuan tiba di masjid itu dengan mendulangkan beberapa hantaran bagi pihak pengantin perempuan. Mereka melangkah memasuki Masjid Arshad dengan tertib. Sha berasa hairan mengapa pihak pengantin lelaki belum tiba di sini padahal tadi dia baru saja diberitahu oleh Am bahawa dia akan bertolak kemari ke sini. "Bukankah rumahnya lebih dekat dengan masjid ini berbanding dengan rumah aku? " terbit dihatinya rasa ingin tahu dimana keberadaan Am sekarang. Sejam setengah telah berlalu ,penganti lelaki masih  belum menunjukkan muka. Orang yang seharusnya mengijap kabulkan akad nikah kami mengadu bahawa dia tidak boleh lama-lama disini kerana masih banyak lagi majlis akad nikah yang harus dihadiri olehnya. Resah dan gelisah mula mengaut dibahu Sha. Sha pergi mendapatkan ibu untuk meminta telefon bimbitnya. Dia merasa seperti ada suara yang menyuruhnya menelefon Am. Ibubapa dan saudara maranya menasihatinya agar berbanyakkan bersabar dan berdoa agar Am berada dalam keadaan selamat sejahtera. Apabila mendapatkan telefon bimbitnya Sha dengan segera mendailkan nombor telefon Am lalu dipanggilnya. Dengan harapan setinggi gunung agar panggilannya dijawab oleh Amran. Hampa ,kecewa apabila mendapati bahawa panggilannya tidak dijawab sama sekali. Sha tidak berputus-asa untuk terus membuat panggilan berkali-kali pada telefon bimbit Am. Sehinggalah tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang berusia 40-an menjawab. Dia kenal benar dengan suara Am sehinggakan dapat mengagak suara siapa yang sedang bercakap dengannya. "Hello ,boleh saya tahu ini siapa ?" lelaki itu memulakan bicara. Sha merasa pelik dan aneh. "Hello ,saya bakal isteri dia ! Siapa yang bercakap dan dimana Amran sekarang ?" Sha mengujarkan soalan pada lelaki yang berusia 40-an itu. "Terlebih dahulu saya nak minta cik dan ahli keluarganya banyakkan bersabar ! Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini akan mengejutkan kalian semua." lelaki itu bercakap dengan nada yang agak pilu. "Ya baiklah ,tapi boleh saya tahu apa sebenarnya yang berlaku ? Tolonglah beritahu saya." Sha menjawab dengan hati yang tabah dan sabar. Dia benar-benar risau akan keadaan kekasihnya itu. "Sebenarnya......Sebenarnya....."

To be continue 

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...