Kawan Paling Setia

Cinta Yang Satu




Kisah ringkas yang membuatkan saya terpegun bila membaca dan disudut hati kecil saya berbisik ,"inilah cinta yang abadi !". walaupun pahit rasanya melepaskan seseorang yang kita sangat cintai dan sayangi ,tapi inilah yang terbaik untuk kita terus dekat dengan Pencipta asal kita yang sebenar. hayati iktibar dan pengajaran yang hendak disampaikan ,cukup memberikan impak positif dalam hidup anda. walaupun panjang tapi anda tidak menyesal membacanya ,itu janji saya :)


PERTEMUAN di Cafe Kara pada petang tu, membuatkan Aiman tak senang duduk. fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. it has been quite some time. sejak form 1 lagi. dan sekarang jumpa balik. di universiti yang sama. cuma berlainan course.

dia seakan tak percaya. perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, kembali mendidih. acap kali kedengaran istighfar meniti di bibirnya. akhirnya, jari jemari menekan butang send. audio 'you are the one' by raef.

mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp. menunggu balasan dari si gadis.

seminit..
dua minit..
tiga minit..
empat minit..

bzzz. bzzz.

"apa ni?"

"hayati lirik tu dan fahamkan. then tell me the answer. sudi ke tak."

"are you serious Aiman Arshad Shamsudin?"

"i am. saya dah lama suka awak."

"this is not the right way. i'm not ready."

"just tell me. that you love me the way i do or not. only then i'll be okay."

"saya pun suka awak."

bibir kembali senyum sampai telinga. sampai tak sedar Hafiz Aqil yang sedang murajaah AlQuran surah AnNisa memandang aneh.

"saya akan kahwini awak satu hari nanti."

"i'll wait for that day."

"just you wait. "

dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala suka dan duka. segalanya indah. indah semua apabila hati berbunga kan?

***

sebulan berlalu.

di satu sudut. Farah Aina sujud di sejadah sangat lama.
selesai salam terakhir, dia menangis sambil meruap muka.

malu ! malu dengan diri sendiri yang makin tak tahu malu.
bermaksiat. ye.. zina ! zina hati je... "JE" takkan ubah apa apa.

yang dosa tetap dosa.

"ala ramai je orang lain bercinta."

what is wrong is wrong even if everyone is doing it. hati segera menangkis.

"tapi aku tak pernah langkau syariat!" hati tetap membantah.

betul ke...? setiap hari whatsapp. even bertanya khabar. tapi perasaan halus tu sentiasa menjalar di hati. sentiasa tersengih sorang-sorang. sampai kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. selalu cemburu bila si dia digosipkan dengan perempuan lain. selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.

"aku..."

dan masa tu, sejadah menjadi tempat airmata meresap. mata bengkak. badan lemah. hanya pada Allah boleh diluah. hanya Allah yang mengerti saat itu. betapa berdosanya diri. tapi masih, diselubungi perasaan 'Takut Untuk Sakit Bila Berjauhan' jadi..

"Ya Allah.. tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga.. tolong ya Allah.. kurangkan sakit yang aku rasa ni.."

dan malam tu, di saat yang lain nyenyak dibuai mimpi.
seorang gadis di sudut ruang kamar. menangis dan menangis. kerana dosa.

***

"Ai'e. syok whatsapp? dengan siapa?" tegur Hafiz. memulakan bicara.

"oh tak adalah. dgn member sekolah lama." jawab Aiman sambil sengih.

"aku bukan apa. tapi aku tengok kau ni dah lain." berhati hati Hafiz menuturkan.

"lain macam mana?" Aiman menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.

"boleh kita bincang kejap?" ajak Hafiz.

"sure." iPhone diletak tepi dan di tukar mode silent. something sounds fishy.

"tengah berbunga ke?" Hafiz senyum segaris. sekadar bermanis.

"eh apa? what do you mean?" Aiman kerutkan dahi tanda tak faham.

"look. let me be honest. sebab kau member aku since first time kita masuk universiti lagi. satu course. satu bilik. satu kelas. dan, satu agama. aku sayang kau kawan"

"eh jap jap. ada apa hal ni?"

"aku tak larang kau nak bercinta. tapi biarlah cinta tu, kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi tu ada jarak. got me?"

"oh.. tapi aku tak ada la sampai bersayang semua. aku cuba limitkan pergaulan kami."

"hati?"

diam. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.

"Ai'e.. even kita dah limitkan pergaulan. contact tanya khabar ke. sembang through phone sambil cakap benda baik ke. ingat, syaitan tu ada. bunyi kecil simple gitu je kan? tapi, little do we now. benda kecil macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni. selalu rebah kena hentam dengan nafsu. are you with me?"

"proceed." mata merah. tahan airmata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.

"aku tahu. kau sayang dia. tapi, jarak tu still exists. kalau masa ni kau enjoy kenal dan suka-suka dengan dia. lepas itu. do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? save. save manja. save cinta. save kata-kata manis. tu semua, lepas nikah. kau lelaki. dia tu perempuan. aku rasa si dia tu pun bukan calang-calang orang. sebab aku tau, kau terpikat dengan agama dia. at first. perempuan ni umpama air mutlak. kenapa kita nak musta'malkan dia? kenapa nak sentuh hati dia awal-awal? kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"

tersentak. diam. airmata mula menuruni pipi.
dan sekarang. Aiman Arshad Shamsudin sedang menangis. Sebab dosa.

Hafiz mendekat dan peluk bahu dengan tangan sebelah dan bisik.

"kita tak tahu dengan siapa kita akan nikah. kita tak tahu bila kita akan nikah. tapi kita kena ingat. kita jugak tak tahu, bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. persiapkan diri. mana tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"

"tapi.. aku sayang dia lillahitaala. aku pilih dia sebab agama dia."

"sayang tu bukan dengan kata-kata. jangan ucap sayang kerana Allah. jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. jangan syok sendiri. kadang-kadang, kita kena berbalik pada fitrah. jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga. tapi, jangan sampai jadi fitnah."

"aku sayang dia Fiz.. sakit sangat perpisahan tu. aku tak sanggup hilang dia."

"yakin dengan Allah Ai'e. jangan cakap macam kau tak ada Tuhan. kita merancang. Tuhan yang tentukan."

"doakan aku berjodoh dengan dia.. Fizz." rintih Aiman dalam sendu.

"aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia. tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ai'e.. barangkali. kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita dan barangkali kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita. janji Allah Ai'e. pegang betul-betul. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. strive untuk jadi lelaki yang baik."

"kalau aku tak ada jodoh dengan dia.."

"redha. aturan Allah tu the best. jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. sebab sesungguhnya, semuanya berhikmah. husnudzhon Ai'e. yang penting. doa ! doa yang berterusan. Aku tahu kau kuat."

"Fizz.."

"dah jom pergi surau. sahut seruan Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihan kau. Allah rindu kau beb."

***

seminggu kemudian.

bzzz. bzzz.

"Farah Aina Sanusi. saya rasa saya dah buat keputusan yang terbaik. saya akan stop contact awak lepas ini. saya tak janji. tapi saya akan cuba yang terbaik. buat masa ni, saya harap awak kuat dan tabah nak hadap dunia ni. lepas ni dah tak ada saya untuk ingatkan awak dhuha. sila paham sendiri. lepas ni tolong, behave attitude. saya mintak maaf sebab pernah buai hati awak dan saya maafkan awak sebab pernah buai hati saya. hati ni masih tak rela. tapi in order to achieve mardhatillah. saya buat keputusan ni. jangan salah faham. saya tak benci awak. saya nak, kita jaga sesama menjaga. saya tak nak kita terus hipokrit. senang buat apa saja atas nama 'cinta lillah'. saya nak jaga cinta ni. sebab saya nak Allah redha cinta yang saya bina. insha Allah, kalau berjodoh. saya sendiri akan jumpa wali awak. ya salam. jaga hati. jaga iman."

whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja sudah melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. airmata bercucuran. tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.

sakit.
gembira.

berbaur rasa.
'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya Allah.. sakit.' airmata deras mengalir.

sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala menengadah langit. langit mendung. semendung hati. air mata tak habis habis menuruni pipi. seakan ingin meluahkan segala isi rasa yang ada. gadis berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz yang mulia. Bismillahirrahmanirrahim. setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad. mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. demi cinta yang suci ! demi cinta Allah yang hakiki !


Maaf jika ada mana-mana pihak telah membaca kisah ini ,saya dapat dari kawan saya di whatapps ,saya kongsi disini sebab kisah ini begitu menarik bagi saya. harap dapat menginsafkan hati anda :')









Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta

2 comments :

Anonymous said...

banyak kali kita singgah sini kita baca kisah ni and then kita cuba relate kan diri kita. it just sometimes kita tak tahu patut buat apa :(

HUHUHU
tapi kisah ni banyak pengajaran untk saya. hmmm :)

Cik_Shiqah said...

tak pernah bercinta dan sentiasa berdoa pada Allah agar saya dipelihara drpd rasa cinta sebelum nikah. Bagi saya biarlah saya bercinta selepas nikah. In shaa Allah. Btw cerita ni mmg penuh pengajaran.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...