Semasa berada didalam kereta Am untuk menuju ke sebuah restoran yang berada di Jalan Panglima. Am memulakan kata-kata manisnya untuk bermanja-manja dengan Sha buah hatinya. "Sayang ,nak makan apa ? Sayang makan la yer ,oder ja Am belanja. Khas dan istimewa untuk jantung hati Am seorang ni !" Am ketawa sopan. Sha hanya mengiyakan pertanyaan Am tanpa berpandang secara muka ke muka dengan Am. Am berasa hairan dengan tindakkan Sha terhadap dirinya. Dia bertanya "Sha marahkan Am sebab tak beritahu Sha dulu tentang pagi ni ? Niat Am nak buat surprise dekat Sha ,tapi nampaknya Sha macam tak sudi." Sha tersentak dengan perkatan-perkataan yang keluar dari mulut Am. "Am ,Sha tak marah dekat Am pun. Jangan risau ,Sha tak cukup tidur ja semalam ,tu mood Sha kurang baik hari ni." jawab Sha serba salah. "Maknanya selepas kita cakap semalam Sha tak tidur lagi ,Sha ada masalah yang perlu teman untuk berkongsi ? Kalau ada ,ceritalah pada Am ! Apa gunanya Am ni." Am merasa dirinya seperti tiada erti di mata Sha. Hati Sha mula menjadi sayu ,hati kecilnya bertanya "Apa patut aku buat ? Perlukah aku ceritakan segalanya yang berlaku semalam dekat Am ? Aku takut dia akan sedih dan kecewa dengan sikap aku. Rasanya biar aku berdiamkan diri dulu."
* * *
Di restoran ,Am dan Sha membuat pesanan makanan. Selepas beberapa minit hidangan yang dipesan pun datang. Pelayan di restoran ini memang pandai melayan tetamu dengan muka yang manis sahaja. "Sha buka mulut luas-luas ,Am nak suap ni !" Am menghulurkan sesudu makanan dengan menggunakan sudu yang telah disediakan. Sha merasa agak kekok dengan tindakkan Am itu terus menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. Am memuncungkan mulutnya kerana sikap Sha yang kurang mesra dengannya hari ini. Bunyi deringan telefon Sha menandakan ada pesanan masuk. Sha terlebih dahulu membaca pesanan tersebut dari melayan karenah Am itu. Pesanan itu datangnya dari Joe dan dalam pesanan itu tertulis "Mungkin sekarang dia boleh suap menyuap u ! Tapi selepas ni jangan harap ! I akan pastikan dia menyesal ,dan termasuk u sekali. Jaga-jaga sayang." Air muka Sha mula berubah ,dia terpaku dengan pesanan itu. Am melihat muka Sha yang secara tiba-tiba berubah selepas membaca mesej itu. Lantas Am segera merampas telefon bimbit Sha untuk mengetahui apa yang tertulis pada pesanan mesej itu. Sha tidak mampu melawan kerana Am memegang erat telefon bimbitnya itu. "Apa semua ni ? Siapa dia Sha ,berani-beraninya dia ugut buah hati Am ! Siap bersayang-sayang lagi ,hebat !" Am berasa geram dengan pesanan yang dihantar oleh Joe sebentar tadi. Sha hanya mampu terdiam seribu bahasa kerana lidahnya kelu untuk berbicara. Am segera menelefon nombor tersebut kerana bimbang mungkinkah ini yang menjadikan sikap Sha aneh dan dingin dengannya pada hari ini.
"Hello ,kau ni siapa hah nak ugut-ugut bakal isteri aku ? Kau fikir kau hebat sangat !" Am memarahi Joe dengan nada yang tak puas hati. "Kau tanya aku siapa ? Kau cuba tanya dekat buah hati kau tu siapa aku sebenarnya ,sebab aku rasa dia lebih mengenali aku ! Aku nak peringatkan kau ,jangan harap kau akan dapat Sha dengan mudah sebab dia hanya milik aku seorang sahaja. Ingat benda tu ! Dan satu lagi tolong sampaikan salam sayang dan rindu aku dekat dia ,cakap dekat dia kalau Bie dia rindu sangat-sangat !" Joe ketawa megah lalu dimatikan panggilannya. Am berasa amat marah dan bengang dengan perkataan yang keluar dari mulut Joe sebentar tadi. "Kurang ajar ,berani-beraninya dia ugut aku !" ujar Am dalam memek muka yang agak menyeramkan. "Sha dia ni siapa ,cakap dekat Am betul-betul." Am bertegas dengan Sha. " Am ,Sha tak kenal dia sungguh !" Sha mula resah ,kalau boleh dia tidak mahu menyakiti hati Am lagi. "Sha jangan tipu Am ,siapa dia !! Cakap !!" Am mula naik berang. Mahu tak mahu Sha terpaksa menjawab pertanyaan Am dengan sejujur-jujurnya. "Dia Johan ,bekas kekasih Sha yang dulu ! Am masih ingat lagikan ,dulu Sha pernah mederita disebabkan dia ,dan Am la yang datang pulihakan keadaan Sha. Maafkan Sha Am ! Sha tipu Am ,Sha tak ceritakan segalanya yang benar dekat Am walaupun Am bertanya. Sha takut Am akan marah dan kecewa dengan sikap Sha. Sha takut sangat kehilangan Am !" Sha menitiskan airmata jernihnya itu ,kerana menyesal akan perbuataannya yang bodoh itu.
Panas dihati Am sudahpun mula reda ,Am menatap sepuas-puasnya muka Sha. "Sha ,Sha tahu tak perkara yang Sha lakukan itu salah ! Sepatutnya sejak dari semalam Sha kena cerita dekat Am perkara yang sebenar ,jangan main sembunyi ja dari Am. Kalau Am tahu mudahlah Am untuk terus berhati-hati dan sentiasa melindungi Sha ! Sha perlu ingat yang Am sayangkan Sha sangat-sangat ,kalau boleh Am tak nak sesiapa pun sakitkan atau lukakan Sha. Sebab Am tak nak kehilangan Sha lagi ,Sha satu-satunya orang yang paling berharga buat Am sekarang dan selamanya. Sha jangan buat lagi yer ,jangan risau pasal budak tu ,tahulah Am ajarnya nanti." Am memujuk Sha dari terus menangis kerana tidak sanggup melihat kekasinya bersedih. Sha hanya mampu memohon kemaafkan atas sikapnya yang salah itu. "Maafkan Sha yer Am ,Sha tak fikir semua tu. Sha bersalah sebab tak hargai Am sebaik-baiknya. Sha pun kalau boleh tak nak kehilangan Am ,sebab Sha sayangkan Am sangat. Sha tak nak dia rosakkan segala-galanya yang telah kita bina bersama. Sha tak nak !" mengadu Sha kepada Am tentang isi hatinya. "Sudahlah jangan bersedih lagi yer sayang ,sudah tak cantik Am tengok. Mana Sha Am yang dulu ,senyum cikit alalalaaahh ! pujuk Am manja. Sha pun mula mengukirkan senyuman dibibirnya kerana lucu dengan tindakkan Am. Bab pujuk memujuk memang akan menang dekat Am.
* * *
Setelah sampai dirumah selepas dihantar pulang oleh Am. Sha terus naik ke bilik untuk isti-rehatkan dirinya. Maklumlah dia tidak dapat tidur lena semalam. Sha merebahkan dirinya di atas katil miliknya itu ,tanpa menyalinkan baju yang dipakainya tadi. Sha memandang siling biliknya itu dan mengingati segala yang telah berlaku padanya senjak dua hari ini. Sedang leka dia mengingati permasalahan itu ,tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Sha terjaga dari dek renungannya dan mencapai telefonnya itu. Tertera nombor Johan yang memanggilnya ,"Apa lagi yang dia mahu dari aku ,memang gila bayang sungguh." Sha sengaja membiarkan panggilan itu dan tidak menjawabnya. Sha tidak mahu sakitkan hati Am kesayangannya itu lagi. "Ouh sekarang u sudah tak nak angkat panggilan daripada i ,tak apa u buat tak endah dekat i. Tunggu ,i akan buat hidup u sengsara dan merana sebab layan i macam ni. U akan terima balasan dari i. Sha u ingat i bodoh ,u salah sangat" terkumat-kamit bibir Joe melafazkan rasa dendam yang membara dalam dirinya itu.
To be continue
No comments :
Post a Comment