Kawan Paling Setia

"DENDAM CINTA SEMALAM" (PART 1)



Sha dan Joe adalah pasangan yang serasi. Mereka saling cinta mencintai antara satu sama lain. Permulaan kisah percintaan mereka bermula di kolej tempat mereka belajar bersama-sama. Joe telah jatuh hati kepada Sha kerana sikap Sha yang lemah lembut dan penyayang orangnya. Jadi Joe mengambil keputusan untuk melamar Sha sebagai kekasih hatinya. Joe membuat temu janji dengan Sha untuk berjumpa di taman padahal mereka saling tidak kenal antara satu sama lain. Joe menulis sepucuk surat kepada Sha. Dalam surat itu tertulis "Assalamualaikum ?! Nama saya Johan ,budak account. Hajat saya menulis warkah ni sebagai tanda ingin berjumpa awak di taman pagi esok. Saya tertarik dengan sikap awak yang begitu indah .Memang awak tidak mengenali saya tapi saya sangat mengharapkan kehadiran awak esok. Harap awak dapat hadir yer ? Saya tunggu awak pagi esok pukul 10 pagi dekat taman. Jangan sampai lewat ,satu lagi jangan takut niat saya ikhlas dan baik ingin berkawan dengan awak. Sekian saja dari saya wasalam !" Itu lah surat dari Joe kepada Sha. Selepas selesai menulis dia menyuruh seorang lelaki sebagai upahan untuk menyampaikan surat tersebut kepada Sha.

*   *   *
Keesokkan pagi Joe tunggu di taman dengan perasaan tertanya-tanya adakah surat yang ditulisnya dibaca oleh Sha?! Tepat pukul 10 pagi seorang gadis mengampiri Joe tanpa disedari olehnya. Gadis itu ialah Sha gadis yang ditunggu-tunggu oleh Joe ! Sha berdiri di belakang Joe lalu berkata "Assalamualaikum ?!" kata Sha. Joe pusing ke belakang tanpa sebarang tanda tanya lalu menjawab "Waalaikumussalam ! Awak ,datang juga akhirnya." kata Joe dengan hati yang gembira. "Jadi awak la Johan yang suruh budak laki tu hantar surat dekat saya yer ?! Boleh saya tahu ada apa yer awak nak jumpa saya ni ?" kata Sha dengan tanda tanya. "hahaaa ,iyea saya la tu ! Awak panggil saya Joe cukup la ,macam yang saya tulis dalam surat tu saya tertarik dengan awak. Sikap awak yang membuatkan saya jatuh hati kepada awak !" kata Joe dengan tenang hati. "Ouh ,terima kasih atas pujian yang agak melampau tu. Saya jadi malu pula ,jadi apa yang awak nak dari saya boleh saya tahu ?!" kata Sha dengan kebingungan. "Terus terang la yer saya sukakan awak ,saya nak melamar awak untuk menjadi kekasih hati saya ! Sudikah awak menjadi teman hidup saya ?!" kata Joe dengan lancarnya. Buat seketika wajah Sha begitu terkejut dengan lamaran yang dibuat oleh Joe kerana mereka belum lagi kenal antara satu sama lain. Malah mereka juga belum pernah bertegur sapa sebelum ni. Joe bertanya sekali lagi "Sudikah awak memberikan peluang kepada saya untuk menawan hati awak ? Saya janji akan gunakan sebaik-baik yang mungkin peluang yang awak bagi ni. Saya mohon sangat dekat awak ,cinta saya dekat awak ikhlas bukannya dusta !" Joe terus mendesak Sha untuk menerima lamarannya kerana takut lamarannya ditolak oleh Sha. "Memang kita belum kenal tapi saya suda kenal awak tanpa pengentahuan awak ! Saya rasa awak ialah gadis yang diutuskan kepada saya ,dan awak lah yang sesuai berada di hati saya. Tolong la awak ,saya merayu dekat awak bagi saya peluang untuk kita saling kenal mengenali ?!" kata Joe dengan hati yang hiba kerana pertanyaanya belum dijawab oleh Sha. Tiba-tiba Sha menjawab "Macam mana saya nak terima awak sekiranya saya tidak pernah mengenali awak selama ini ? Saya juga belum tahu kalau benarkah awak ni orang yang baik dan tak berniat untuk menyakitkan hati saya ?". Joe menitiskan airmata kerana keikhlasan cintanya diragui oleh gadis yang dicintainya. Joe berkata "awak tolong la beri saya satu peluang niat saya terlalu ikhlas untuk berkenalan dengan awak. Saya janji tidak akan mengecewakan awak ,awak boleh pegang janji saya ni  please awak ?!". "Baiklah jika awak terlalu mendesak saya.Saya terima awak ! Kerana hati saya kuat mengatakan bahawa awak ikhlas dengan saya. Lagipun awak la satu-satunya lelaki yang berani bertindak dengan sedemikian." kata Sha dengan yakinnya. Wajah Joe kembali ceria dengan ukiran senyumannya yang begitu manis. "Terima kasih awak sebab beri saya peluang yang berharga ni. Saya janji tidak akan sia-siakan awak dan membuktikan bahawa cinta saya kepada awak begitu ikhlas !" kata Joe. 

Jadi mereka pun menjadi pasangan yang bahagia dan jangan lupa pasangan yang amat berhangat bercinta di kolej tersebut. Ternyata cinta mereka mula berputik antara satu sama lain apabila mereka lebih rapat kenal antara satu sama lain. Mereka bahagia bersama-sama seperti "Romeo dan Julit"  :)  >

To be continue

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...