Kawan Paling Setia

"DENDAM CINTA SEMALAM" (PART 2)



Sekian lama terjalinnya hubungan mereka sehinggakan kasih sayang itu menjadi sebati antara mereka berdua. Kini cinta mereka hampir sampai kemuncak bahagia ,mula la pula dugaan datang melanda. Malam isnin itu Sha keluar dengan kawan baiknya Leya untuk pergi berjalan-jalan di Shopping Complex. Sha keluar tanpa meminta izin daripada Joe walaupun sudah dinasihati oleh Joe berkali-kali. Sampai saja disana ,mereka terus pergi membeli barang-barang kepeluan yang diingini. Selesai saja membeli-belah disitu mereka berdua berjalan-jalan untuk mencari makanan yang berdekatan disitu. 

Tiba-tiba kawan baik Sha ,Leya ternampak Joe bersama-sama dengan perempuan lain. Leya memanggil Sha "Sha ! Itu bukan kekasih hati kau ke Si Joe ?! Dia dengan perempuan mana pula tu ,keluar tak kasi tahu kau beb !" Sha melihat dengan mata kepalanya bahawa kekasih hatinya Joe curang di belakangnya. Betapa sakit dan pilunya hati Sha masa tu. Tanpa disedari airmata mula membasahi pipinya yang gebu itu ! Bisik hatinya "Ya Allah ,apakah semua ini ? Kekasih hati aku yang selama ini aku sayangi bermain curang dibelakang aku ! Padahal selama ini kami berjanji untuk saling setia antara satu sama lain. Sesak nafas ini Ya Allah melihat bahawa lelaki itu ialah Joe !". Sha terus menitiskan airmata tanpa terhenti-henti sambil melihat perbuatan Joe dihadapannya. Leya kawannya sendiri melihat kelakuan Sha yang tidak tentu arah itu tanpa berkata apa-apa.

Sha melangkah pergi ke Joe tanpa berfikir sejenak. Sha berdiri dihadapan Joe yang bersama perempuan yang tidak dikenali olehnya lalu berkata "Apa semua ni Joe ? Cakap dekat Sha apa semua ni ?! Joe tipu Sha ,Joe ada perempuan lain di belakang Sha ? Joe kejam ! Joe kata kita kena sentiasa setia antara satu sama lain ,mana janji Joe? Joe tipu Sha ! Penipu ! Penipu !!".  Lalu Sha melangkah pergi tanpa mendengar penjelasan Joe. Joe terdiam seketika kerana tipu muslihat dia selama ini terbongkar juga. 

*     *     *

Selepas kejadian malam itu ,Joe cuba mehubungi Sha berkali-kali untuk menjelaskan segalanya kepada Sha tapi panggilannya tidak diangkat oleh Sha. Joe cuba menghantar pesanan ringkas berkali-kali yang tertulis "Sha tolongla angkat panggilan Joe ! Joe merayu dekat Sha jangan buat Joe macam ni Joe terlalu sayang dan cintakan Sha ! Tolong la angkat Sha ,Joe merayu dekat Sha sekali ni ja biar Joe jelaskan semuanya ?! Joe nak masalah ni selesai ,Joe nak hubungan kita kembali macam dulu please la Sha angkat !!" Lalu Joe mehubungi Sha sekali lagi ternyata Sha menjawab panggilannya. "Sha tolong jangan buat Joe macam ni Joe merayu dekat Sha ! Joe terlalu sayang dan cintakan Sha !!" kata Joe. "Sudahla Joe cukup la dengan apa yang Joe lakukan dekat Sha selama ni. Joe kata kita kena setia tapi masa janji-janji Joe tu mana ? Joe tipu Sha ! Sha terlalu kecewa dengan Joe. Joe boleh curang dibelakang Sha padahal kita suda rancang nak berkahwin bersama. Sha terlalu kecewa dengan Joe" kata Sha. "Sha salah faham je ni ,perempuan tu hanya kawan lama Joe. Kami tak ada apa-apa hubungan pun tolong la percaya dekat Joe !" jawab Joe. "Kawan lama? Kawan lama apa bendanya Joe ,kawan lama tak akan semesra sampai berpegangan tangan macam tu. Tu Joe panggil kawan lama ? Kita ni pasangan kekasih pun tak pernah berpengangan tangan inikan pula kawan lama. Sebab kita bukan muhrim la ,kita kena hormat agama kita bukan buat benda tak senonoh faham ?!" Sha menegaskan katanya. "Sha ,tolongla percaya dekat Joe ! Tolongla Sha ,Joe merayu dekat Sha!" kata Joe merayu kepada Sha. 

"Sudah la Joe ,Sha suda penat dengan semua ni. Sha berikan kepercayaan kepada Joe tapi Joe khianatkan kepercayaan Sha selama ni.  Mulai saat ni Kita Putus ! Sha tak nak Joe cari Sha atau ada kena mengena dengan Sha mahupun family Sha. Sha nak kita buat hal masing-masing ,lagipun semua ni yang Joe nak sangatkan !" kata Sha dengan keputusan yang muktamat. "Sha jangan macam ni Sha ,jangan buat Joe macam ni Joe mohon dekat Sha bagi Joe peluang yang kedua untuk tebus segala kesalahan Joe kepada Sha ! Joe janji Joe tak akan khianati cinta Sha terhadap Joe itu janji Joe dekat Sha please Sha ?" kata-kata Joe kepada Sha. Tiba-tiba talian telefon terputus ,Joe mengalirkan airmata. Ucapannya sedikit pun tidak didengar oleh Sha. 

Terdetik dihatinya satu dendam yang meluap-luap. "Joe berjanji Sha Joe tidak akan memberi peluang kepada sesiapa yang ingin memiliki Sha kecuali Joe sendiri ! Joe akan merampas semula hati Sha ,Sha milik Joe ! Jika Joe tidak dapat memiliki Sha juga ,Joe akan buat hidup Sha menderita sehinggalah tiada lelaki lain yang mencintai Sha ! Joe akan berpuas hati sampailah Dendam Joe terbalas juga dekat Sha ?!" isi hati Joe yang penuh dengan dendam.

Senjak dari itu hidup Joe tak tentu arah. Manakala Sha pula menutup pintu hatinya rapat-rapat untuk laki-laki lain. Dia terlalu kecewa dengan apa yang telah terjadi hubungannya dengan Joe. Bagi dirinya terlalu bodoh kerana mudah mempercayai lelaki !

To be continue >

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...