Sepanjang perjalanan pulang ,Sha tidak banyak bercakap. Sepatah yang ditanya oleh Am ,sepatah jugalah jawapan yang keluar dari mulut Sha. Am hairan tidak pernahnya Sha bersikap dingin dengannya. "Kenapa dengan Sha ni ? Am ada buat salah ka Sha ?" tanya Am dengan hati yang tertanya-tanya. Sha terjaga dari lamunannya yang panjang lalu dia mengeluh panjang ,fikirannya serabut dengan pelbagai tanda tanya tentang kejadian yang berlaku tadi. "Tak ada apa-apalah Am ,Sha ukeh ! Sha cuma penat cikit ja ,Am jangan risau" jawab Sha dengan sepontan. Am memandang Sha dengan harapan bakal isterinya bercakap benar. Sha kembali menyambung lamunannya dan suasana didalam kereta menjadi sunyi sepi.
Malam itu Am menelefon Sha untuk mengucapkan selamat malam kepada buah hati kesayangannya. "Hai sayang ! Dok buat apa ?" perkatan yang keluar dari mulut Am bagi permulaan perbualan mereka. "Hai ! Urrm ,tak buat apa-apa pun" jawab Sha dengan nada suara yang agak lemah. "Sayang Am ni kenapa ? cuba cerita dekat Am ! Am rindu sangat dekat Sha tapi Sha macam tak rindu ja dekat Am." tanya Am lagi dengan perasaan yang agak kecewa kerana sikap Sha yang acuh tak acuh tentang dirinya. "Tak ada apa-apa la Am ,Sha ukeh cuma penat. Tadikan kita pergi merata-rata tempat. Sha pun rindu gendut Sha nih !" Sha ketewa dengan percakapnya tadi. "Ouh ,sayang cakap kita gendut eh ! Kita tak gendut ukeh ,maintain ja." Am buat-buat merajuk manja dengan kekasih hatinya itu. "Ala ,sayang busuk Sha ni sudah pandai merajuk ek ? Ukeh la Sha mintak maaf ukeh !" jawab Sha dengan harapan Am tidak terasa akan perbualan tadi. "Haha ,Sha ni sayang juga dekat Am yer ,Am tak kan marah Sha punya ! Am sayang Sha sangat-sangat ,sudah la pergi tidur. Tadikan Sha kata penat ,Am tak nak Sha sakit nanti. Good night dear ,i love you !" Am tersengih-sengih seorang diri. "Mestilah Sha sayang Am ,ukehla Am pun tidur awal. Sha tak nak Am sakit juga ! Good night darling ,i love you more !" panggilan mereka pun terputus selepas itu.
* * *
Sha melabuhkan badannya keatas katilnya yang empuk itu. Fikirannya melayang-layang seakan-akan orang yang hilang arah tuju. Muncul dalam fikirannya tentang kejadian di shopping complex tadi. "Siapa lelaki yang tiba-tiba pegang tangan aku tadi ,sudahlah dia tidak meminta maaf. Tapi rasanya aku macam kenal dengan wajah lelaki itu ,tapi siapa ?" sedang asyik Sha memikirkan tentang kejadian itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi ,Sha melihat di skrin tatapan. "Nombor siapa ni ,tiada nama pun ? Peliknya." bisik hatinya perlahan-lahan. Sha pun mengangkat tanpa berfikir panjang. "Hello ,ini siapa ?" tanya Sha dengan sopan. Suasana dalam perbulan itu menjadi sunyi sepi apabila soalan yang diacuhkan oleh Sha tidak dijawab. Sha mula merasa marah seolah-olah merasa dirinya dipermainkan. "Hello ini siapa ? Apa alasan kau telefon aku kalau kau tidak mahu bercakap !" lantas kedengaran suara lelaki yang menjawab. "Sebegitu marahnya u dekat i ,Sha ? U tidak kenal siapa i lagi ? Hebat u Sha !" lelaki itu ketawa kecil tanda mempersendakan Sha. Air muka Sha berubah menjadi muram. Hatinya berdengup kencang. "Macam mana dia tahu nama aku ,dan kenapa dia cakap yang bukan-bukan." bisik hati kecilnya lagi. Sha hanya terdiam seketika. Lelaki itu menyambung lagi perbualannya tadi. "U sudah lupa akan suara ini ? Nampaknya u memang mudah melupakan orang yang pernah bertahta dalam hati u dulu dan u memang kacang lupakan kulit !" suara lelaki itu berubah menjadi marah. Air mata Sha mula membasahi pipi gebunya itu ,barulah dia sedar kalau suara itu ialah suara yang pernah menjadi sebahagian dari hidupnya dulu. Perlahan-lahan Sha mengeluarkan perkataan dari bibirnya. "Johan ? Benar itu kau Joe ?" tanya Sha dengan nada yang agak pilu. "Ingat lagi rupanya u dekat i ! I ,Johan kekasih u dulu ,apa khabar sayangku ? I rindu u sangat ,love you Sha !" Sha terkejut dengan perkataan yang keluar dari mulut lelaki itu. "Apa kau nak lagi hah ? Tak cukup lagi kau menyakiti hati aku dan membuat hidup aku separuh mati dulu ?" tanya Sha dengan perasaan meluat dan marah. "Rileks sayang ! I rndu u sangat-sangat ,sorry pasal dulu. I tak sengaja ,i nak u balik. I nak u jadi milik i balik dan tiada siapa yang boleh rampas u dari i ingat tuh !" amaran keras yang diberikan oleh Joe kepada Sha. "Kau kata semua tu sengaja ,kau gila ! Aku sudah ada yang berpunya ,aku tak nak kau kacau aku. Kau yang kena ingat ,sampai bila-bila pun aku tak akan balik kepada kau apatah lagi jadi milik kau. Set dalam minda kau faham ?" Sha menegaskan kata-katanya lalu mematikan telefonya. Bisk hati Joe perlahan-lahan. "Berani u matikan telefon ! U ingat u sudah selamat ,i akan pastikan hidup u tak akan bahagia dengan lelaki tu. U hanya milik i seorang sahaja ! Kalau i tak dapat u maka dia pun tak akan dapat u !! Kita tengok siapa lebih handal." Joe ketawa dan merasa dirinya akan menang.
Malam itu Sha tidak dapat tidur dengan lena kerana permasalahan yang berlaku malam itu. Sha tidak habis fikir kenapa Joe muncul semula dalam hidupnya. Setelah sekian lamanya Sha memadamkan memori tentang mereka berdua. Hati Sha tidak tenang memikirkan persoalan yang bermain-main di mindanya itu.
* * *
Pagi itu Am datang awal ke rumah Sha untuk mengajak Sha keluar sarapan pagi diluar. Am sudah meminta kebenaran pada ibubapa Sha untuk mengizinkan mereka pergi bersama. "Sha ,cepat bersiap ! Am ada dekat bawah tu ,katanya nak ajak Sha keluar sarapan pagi dekat luar. Cepat sikit yer nak ,kesian lama menunggu nanti." ibu Sha memberitahu Sha tentang kehadiran Am dirumahnya. "Apa Am datang ? Kenapa dia tak bagi tahu dekat Sha dulu !" tanya Sha dengan mulut yang muncung. "Dia kata nak buat surprise dekat kamu ! Sudah-sudah jangan banyak tanya ,cepat bersiap." ibunya berjalan menuju ke ruang tamu. Sha tidak dapat menolak permintaan Am untuk pergi keluar sarapan pagi diluar kerana tidak enak dengan ibunya apatah lagi Am yang sudahpun berada dirumahnya.Sha masih berasa tidak segar kerana tidak dapat tidur lena semalam memikirkan tentang Joe itu. Selepas bersiap-siap ,Sha turun ke ruang tamu untuk berjumpa dengan Am. Sha memakai baju t-shirt lengan panjang berwarna merah jambu dan dipadankan dengan skirt panjang berwarna putih bertompokkan warna merah jambu. Sesuai dengan dirinya yang cantik jelita dan tinggi lampai itu. "Wah cantiknya bakal isteri Am ni !" kata Am tanpa segan silu walaupun ada ibubapa Sha ada disitu. Sha berasa malu dengan pujian Am itu malahan ibubapa Sha ketawa dengan melihat gurauan manja mereka itu. "Makcik ,Pakcik saya minta diri dulu ,saya bawa anak Makcik Pakcik keluar kejap yer ! Dalam tengah hari tu kami balik ,kami pergi dulu" Am memberitahu ibubapa Sha agar mereka mendapat restu sebelum keluar bersama-sama.
To be continue
No comments :
Post a Comment