Kawan Paling Setia

"DENDAM CINTA SEMALAM" (PART 8)



Tinggal lagi sebulan Sha dan Am akan melangsungkan perkahwinan mereka. Berdebar-debar rasanya mereka untuk naik ke pelamin. Orang ramai sibuk menyiapkan persediaan perkahwinan mereka berdua. Pagi itu Am menghubungi Sha. "Assalamualiakum Cinta ? tanya Am kepada Sha. "Waalaikumussalam bakal suami !" jawab Sha tersengih-sengih. "Wah ,sekarang suda maju ek ? My cinta ,Am telefon pagi-pagi ni nak ajak Sha keluar untuk beli barang-barang persediaan perkahwinan kita. Am pergi ambil Sha kejap lagi. Sha tak sibukkan pagi-pagi ni ?!" tanya Am lagi kepada Sha. "Mesti la ,tok guru dia sapa lagi kalau bukan bakal suami Sha kan ! Rasanya pagi ni Sha tak sibuk. Boleh la kita keluar pergi beli barang perkahwinan kita. Banyak lagi barang-barang yang tak beli ! Nanti tak sempat pula ,Sha pergi siap sekarang yer ! Sayang Am !?" jawab Sha lalu mematikan talian. Am tersenyum sambil mengingati kelakuan Sha yang agak kebudak-budakkan itu. Bisik hati kecilnya "Ya Allah ,aku terima jika dia adalah jodohku. Aku tahu Engkau memberi yang terbaik buat aku. Aku mensyukurinya dan akn menjaganya hingga akhir hayatku !

*    *     *

"Assalamualikum semua ! Sibuk nampaknya." Tanya Am kepada orang yang berada didalam rumah Sha. "Waalaikumussalam ,bakal menantu suda sampai ! Kami tengah buat hantaran untuk perkahwinan kamu jugakan." jawab mereka. Tiba-tiba ibu Sha datang lalu menyapa Am. "Am datang sini nak jumpa Sha ke ?" tanya ibu Sha kepada Am. " Mak cik ! Iyea ,nak jumpa dengan Sha kejap. Nak bawa dia keluar pergi beli barang-barang perkahwinan kami. Boleh saya bawa Sha keluar kejap Mak cik ?!" Am meminta izin kepada ibu Sha. "Semestinya boleh. Kejap Mak cik pergi panggil Sha turun yer ! Am duduk la dekat sofa tu dulu ,tengak-tengakkan mereka buat kerja." suruh ibu mertuanya. Am menganggukkan kepalanya sambil tersenyum rapi. Ibu Sha naik ke atas untuk memanggil Sha. "Tok ! Tok !" ibunya mengetuk bilik Sha. "Sha ,Amran datang ni. Dia nak bawa kamu keluar pergi beli barang perkahwinan kalian." ibunya meberitahu kehadiran  Am ke rumah. Sha membuka pintu biliknya. "Am suda sampai yer ibu ! Kejap lagi Sha turun ukeh ?! Terima kasih ibu sebab beritahu Sha. Sayang ibu !" Sha mengucup dahi ibunya tanda terima kasih. "Baiklah jangan lama-lama sangat. Kesian Amran tunggu kamu lama sangat ! Iyea-iyea ,ibu pun sayangkan kamu ?!" jawab ibu sambil tersenyum manis.

Beberapa minit kemudian Sha turun ke ruang tamu untuk menyambut kedatangan Am ,kekasih hatinya. Kelihatan Amran sedang asyik melayan karenah adik kesayangannya. Sha menghampiri Am secara diam-diam kerana ingin mengejutkan Am. "Suprise !" kata Sha dengan berdiri dihadapan Am. "Sha ! Terkejut Am kalau hari-hari Sha buat macam ni dekat Am. Kesian dekat adik ni tahu !" Am menasihat kelakuan Sha yang agak kurang sopan itu. "Ala ,Sha minta maap kalau sikap Sha tadi kurang sopan. Am tak marahkan dekat Sha kan ?" tanya Sha kepada Am dengan rasa serba salah. "Am tak akan marah Sha la. Tadi Am cuma nasihatkan kelakuan Sha ! Jangan buat macam itu lagi dekat orang lain ,marah mereka nanti." jawab Am dengan lemah lembutnya. "Baiklah-baiklah ! Sha janji tak akan berkelakuan macam tadi ukeh ?! tadi kata nak bawa Sha pergi beli barang perkahwinan kita. Tak nak pergi ke ?" tanya Sha sambil memerli Am. "Ukeh ,Am nak tengok nanti. Nak-nak la ,apa pula tak nak ! Kan Am suda janji tadi mesti tepati. Jom kita bertolak sekarang ,Am suda minta kebenaran dari ibubapa Sha. Mereka izinkan kita keluar." jawab Am sambil mengajak Sha. 

*     *     *

Mereka jalan bersama-sama sambil memilih barangan keperluan untuk majlis perkahwinan mereka. Selepas itu ,mereka pergi ke butik pakaian pengantin untuk membuat tempahan baju pengantin. Mereka memilih baju pengantin bersama-sama. Bagaikan sepasang belangkas yang selalu melakukan aktiviti bersama-sama. Selepas selesai membuat tempahan baju pengantin mereka pergi ke kedai cincin pula. Am menyuruh Sha memilih cincin yang disukainya. Tetapi Sha meminta Am untuk memilih cincin perkahwinan mereka bersama-sama. Selesai membuat pemilihan cincin perkahwinan mereka. Am mengajak Sha pergi minum petang disebuah restoran yang berdekatan "Sha jom kita pergi minum petang dulu ? Am tengak muka Sha suda pucat lesi. Kita pergi rehat-rehat dulu nak ?!" ajak Am minum petang kepada Sha. "Hah ? Mana ada ! Boleh juga Sha pun dahaga ni !" jawab Sha menerima ajakan Am.

Dalam perjalanan pergi ke restoran untuk minum petang. Sedang asyik mereka berbual kosong sambil berjalan-jalan. Tiba-tiba tangan Sha ditarik dari belakang oleh seseorang lelaki. Sha memusingkan badannya ke belakang sambil memberontak untuk melepaskan tangannya daripada gengaman tersebut. "Hey ! Kau ni sapa hah ? Suka hati je pegang-pegang tangan bakal isteri aku !" marah Am kepada lelaki tersebut. Sha memandang wajah lelaki itu dengan hati yang sayu. Hatinya berdebar-debar seakan mengenali gelaran lelaki tersebut. "Wajah lelaki ini ! Wajah lelaki ini ! Kenapa aku seakan-akan mengenali wajah lelaki ini ?!" mulut Sha berbisik pelahan-lahan. "Sha tak apa-apa ke ? tanya Am sambil melihat wajah Sha yang penuh dengan tanda tanya itu. Sha tidak mampu menjawab soalan yang ditujukan oleh Amran itu. Lelaki tersebut beredar dari situ tanpa meminta maap. "Am bawa Sha balik ke rumah ! Sha penat la ?!" ajak Sha. "Tak nak minum petang dulu dekat sini ?!" tanya Am. Sha mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju. Jadi petang itu Amran menghantar Sha pulang ke rumah dengan hati yang serba salah.

To be continue


No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...