Kawan Paling Setia

DENDAM CINTA SEMALAM (PART 12)



"Sebenarnya ,lelaki yang empunya telefon bimbit ini dan pemandu kereta vios ini mengalami kemalangan. Mangsa kejadian telah dikejarkan ke Hospital Melati ,Jalan Angsapura. Saya minta cik dan ahli keluarganya datang segera ke sana untuk memastikan keadaan mangsa yang sebenar." lelaki itu memberitahu segala info tentang kejadian yang telah berlaku. Lemah rasanya hati ini untuk menerima segala yang didengar. Sha hanya membiarkan panggilan itu tanpa dijawab. Sesak nafasnya setelah mengetahui bakal suaminya mengalami kemalangan pada hari akad nikah mereka sendiri. Seharusnya hari bahagia mereka ini perlulah berakhir dengan kegembiraan.

*     *     *

Sha dan ahli keluarga yang mengenali Amran kini berada di Hospital Melati untuk menjeguk bagaimanakah keadaan mereka. Menunggu dan terus menunggu dengan penuh kesabaran diluar bilik pembedahan. Setelah dua jam menunggu akhirnya mereka disambut dengan kehadiran doktor yang baru sahaja keluar dari bilik pembedahan. Sha hanya mampu melihat wajah doktor itu dengan penuh harapan agar keadaan Am berada dalam keadaan baik-baik sahaja. "Bagaimana keadaan mangsa tersebut doktor ? Amran baik-baik sahaja kan ?" Sha membuka monolog dahulu. "Keadaan pemamdu sekarang stabil ,cuma mengalami luka-luka ringan tetapi penumpangnya....." Sha mula risau ,dia menatap wajah doktor itu semampu yang boleh. "Tapi apa doktor ? Tapi apa ? Cakap doktor ,cakap !" air mata mula mengalir keluar dari kelopak mata Sha. "Maafkan saya ,keadaan penumpang sekarang amatlah kritikal ! Matanya mengalami kerosakkan akibat dia tercampak dari luar kereta dan matanya terhentak pada tar jalan. Harap banyakkan bersabar." Sha merebahkan dirinya di sebelah kerusi yang ada disitu. Kecewa dengan penerangan yang diberikan oleh doktor sebentar tadi. Harapannya punah kerana apa yang diharapkannya tidak menjadi.  "Kita perlu lakukan pembedahan mata buat mangsa itu dengan segera ,jadi saya minta persetujuan ahli keluarga agar segera menanda tangani  suarat kebenaran untuk pembedahan ini. Kalau kita lambat bertindak ,kemungkinan keadaan mangsa akan lebih teruk. Mohon kerjasama semua ya !" Sha tidak menyangka begitu teruknya keadaan Am sekarang. "Kalau kita lakukan pembedahan pada mata Amran ,apa yang akan terjadi nanti ?" ibu Am menyelit. Doktor hanya mampu mengelengkan kepalanya. "Kami belum dapat menjangka apa yang bakal berlaku nanti kerana keadaannya yang kritikal sekarang tidak dapat berbuat apa. Selepas pembedahan barulah kita tahu." dokotr itu menerangkan segalanya dengan jelas. Ahli keluarganya terpaksa akur demi keselamatan anak mereka. Seorang jururawat membawa mereka untuk mendapatkan surat kebenaran tersebut.

Apabila semuanya mengikat kata putus ,akhirnya bermulalah sudah pembedahan mata bagi Amran. Sukar dijangka apakah yang akan terjadi selepas ini. Dapatkah Am melihat kembali ? Sha dan ahli keluarga Am menunggu diruang pembedahan dengan harapan yang tinggi agar tidak akan berlaku apa-apa yang tidak di ingini. Kedatangan dua orang pegawai polis menghampiri Sha. "Assalamualaikum ,boleh saya tahu cik ni ahli keluarga mangsa kemalangan yang berada di bilik pembedahan ini." Sha tersentak apabila soalan itu diajukan kepadannya. "Iyea ,saya ahli keluargannya ! Ada apa encik ?" Sha menjawab. "Saya dan rakan sekerja saya datang untuk memberitahu bahawa suspek yang kami syak dalang dari semua kejadian ini kemungkinan Johan. Kerana pesanan ringkas yang terakhir mangsa Amran terima ialah dari Johan. Boleh saya tahu siapa Johan dan adakah cik kenal dia ?" riak wajah Sha mula berubah seakan-akan tidak mempercayai apa yang baru saja dia dengar. Sha mendiamkan diri seketika untuk mengatur bicara. "Ya Allah benarkah apa yang baru aku dengar tadi ? Semua ni kerja Joe ! Mungkin aku patut ceritakan segalanya pada mereka sekarang ,tiba masanya engkau sedar dengan segala kesilapan yang telah kau buat ni." bisik hati kecilnya dengan perasaan yang amat pilu. Sha menceritakan segalanya tentang Johan dan Sha turut juga menceritakan tentang ugutan yang diterima olehnya dari Johan kepada pegawai polis itu. Memang kilafnya kerana tidak mengadukan perkara ini kepada pihak polis dahulu. Mungkin merasa bahawa Joe hanya bergurau dan perkara ini tidak diambil serius olehnya. Dia berasa menyesal kerana tidak bertindak dengan segera sehingglah menyebabkan nyawa Amran sekarang kritikal.

*     *     *

Selepas pembedahan yang dilakukan oleh Amran sudah berjaya dan sekarang keadaan Amran kembali stabil. Sha terlebih dahulu memasuki kamar tempat Am dirawat. Melihat keadaan Am yang sebegini rupa membuatkan hatinya sebak. Dia menghampiri Am dengan harapan Am merasakan kehadirannya disitu. Menitis air mata Sha sekali lagi tanpa disedarinya. "Am maafkan Sha ,maafkan Sha sangat ! Semua ni salah Sha ,kalaulah Sha bertindak terlebih dahulu ,mungkin Am tak akan jadi macam ni sekarang. Maafkan Sha ,Am !" hatinya bermonolog. Dia hanya mampu berdoa agar Am kekasihnya cepat-cepat membukakan mata. Dia terlalu merindui lelaki tersebut. Keesokkan harinya ,Am mula siuman. Sha berada disamping Am ,kerana semalaman dia tidur disitu. "Arrggghh ,apa semua ni ? Kenapa aku tak nampak apa-apa ? Semuanya gelap !" Am mula meracau. Sha menenagkannya dengan hati yang serba salah. "Am bawa bersabar ! Sha ada dekat sini. Am jangan takut yer ,Sha ada." Am kembali tenang sedikit. "Sha ,apa sudah jadi pada mata Am ,cakap Sha ? Kenapa Am tak boleh melihat apa-apa ? Cakap Sha apa semua nih !" Am mengadu pada Sha. Sha menatap wajah Am semampu yang boleh dilihatnya. Kaku lidahnya untuk menceritakan segalanya kepada lelaki kesayangannya ini. "Am ! Am banyakkan bersabar yer." Sha menceritakan segalanya tentang apa yang berlaku keatas diri Am. "Tidakkkk !!!!!! Tidakkkkk !!! Aku tak buta ,aku tak nak jadi buta !" Am menangis teresak-esak. "Am sabar ,Am ! Sha ada dekat dengan Am. Sha janji Am ,Sha tak akan tinggalkan Am ! Sha terima Am seadanya ,sebab Sha terlalu cinta dan sayangkan Am. Am jangan takut yer !" Sha memujuk Am agar dia perlahan-lahan dapat ditenangkan. "Sha ,Am buta Sha ! Masa depan Am gelap sekarang ,macam mana Am nak jaga Sha kalau Am sekarang sudah tidak boleh melihat. Sha pergilah tinggalkan Am ,cari laki lain yang mampu membahagiakan dan boleh menjaga Sha. Am sudah tak mampu lagi nak jaga Sha. Maafkan Am ,Sha !" Am mendakapkan dirinya dan tidak henti-henti menagis. "Tidak ! Tidak sama sekali ! Am tak perlu meminta maaf ,Am tak salah apa pun dekat Sha. Sha yang bersalah dengan semua ni." "Sudahlah Sha ,Sha tak salah. Jangan salahkan diri sendiri ! Pergilah Sha ,tinggalkan Am dan mulakan hidup yang baru dengan lelaki yang sempurna. Bukan macam Am !" Sha menghampiri Am dengan lebih dekat. "Am ,Sha sayangkan Am ! Sha nak hidup bersama Am ,Sha tak boleh tinggalkan Am dan hidup dengan lelaki lain. Izinkan Sha menjadi pengganti bagi mata Am ? Kita mulakan hidup yang baru yer sayang !" Am terpukau dengan perlakuan yang ditunjukkan oleh Sha tadi. Dia bersyukur kerana Sha masih mahu menerima cinta darinya. Ruang kamar itu dipenuhi dengan tangisan kegembiraan.

Kini sudah 4 tahun mereka menjadi suami isteri yang sah. Rumah tangga mereka aman dan bahagia. Mereka dikurniakan sepasang anak yang comel. Anak lelaki dinamakan Mohd Haziq Haikal dan anak perempuan diberi nama Nur Alisya Melisa. Manakala Johan sudahpun merengkok didalam penjara atas perbuatannya selama ini. Dia dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun atas akta tuduhan cuba membunuh dan mengugut orang. "Mana gelas ni !" Am meraba almari untuk mencari gelas buat diminum air. "Abang sayang ! Abang cari apa nih ? Kan Sha sudah pesan kalau nak apa-apa beritahu saja dekat Sha ,biar Sha settle kan. Sha merungut. "Abang cuma tak nak susahkan Sayang je." Am berkata. "Eh-eh sudah lupala tuh ,jangan cakap macam tu ! Berapa kali Sayang pesan ,sekarang ni Sha kan mata abang jadi jangan mengada-ngada ukeh !" Sha merungut. "Ukehlah ! Ukehlah ! Terima kasih Sayang ,love u until i die !" Am bercakap sambil mencium pipi isteri kesayangannya itu.

TAMAT

DENDAM CINTA SEMALAM (PART 11)



Khairulnisha dan Amran sudah tidak sabar lagi untuk menunggu hari bahgia mereka menjelang. Orang ramai bertungkus-lumus menyiapkan pelbagai hantaran dan juga bersiap sedia untuk majlis akad nikah nanti. Sha dan Am berbual-bual di tepi berenda di rumah Sha. "Sayang ,eerrmm rasanya tak sabar-sabar nak tunggu hari akad nikah kita nanti. Rasa macam mimpi ja dapat kahwin dengan perempuan secantik Sha ni." adu Am kepada Sha. Sha memandang wajah kesayangannya Am sedalam-dalam yang mungkin. Sha memulakan bicara dengan menarik nafas panjang. "Am ,Sha nak tahu sejujurnya dari hati Am sendiri. Am ingin Sha jadi teman hidup Am kerana wajah Sha atau kerana sifat Sha sendiri ?"Am terpaku seketika dengan soalan yang ditujukan oleh Sha kepadanya. Tidak dia menyangka bahawa Sha terasa akan percakapannya tadi. "Tentulah bukan hanya kerana rupa paras Sha malah sifat yang menyenangkan hati Am membuatkan Am memilih Sha untuk teman sehidup semati Am." Am menjelaskan segala yang tersirat dibuku dadanya itu agar Sha yakin bahawa cintanya itu amatlah tulus. Terukir senyuman manis dibibir Sha ,dia sangat berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Am. "Terima kasih Am ! Tapi ada satu perkara yang masih lagi menganggu fikiran Sha. Sha sebenarnya takut sangat ,takut kalau-kalau Sha tak boleh jadi isteri yang baik untuk Am. Am sanggup terima segala kekurangan Sha ?" Sha bermadah kata lagi pada Am. "Buat apa harus takut Sha ,Am yakin Sha akan menjadi seorang isteri yang baik buat Am. Sha jangan risau Am sanggup terima segala kekurangan Sha ,tidak mengapa kekurangan yang ada pada Sha dan Am kita sama-sama perbaiki yer."Am sekali lagi dapat menyakinkan Sha.


*     *     *



Kini tibalah sudah hari yang dinanti-nantikan oleh Am dan Sha ,hari akad nikah mereka berdua. Berdebar-debar rasanya dihati ini. Jurumekap yang menghiasi wajah Sha ialah kakak saudaranya sendiri yang dikatakan handal dalam selok belok solekkan. Kakak saudaranya menghiasi wajah Sha dengan solekkan yang agak nipis dan ditutupi dengan tudung yang ala-ala minik yang menaikkan lagi seri diwajahnya itu. Tidak salah lagi kalau Amran memilih Sha kerana raut wajahnya nan jelita dan  indah itu walaupun mengenakan solekkan yang tidak tebal masih kelihatan cantik dan ayu. Malahan baju yang dipakai oleh Sha menaikkan lagi seri penganti perempuan itu. "Sha ,sudah siap ke belum ? Kalau sudah siap ,cepat-cepat kita bertolak. Takut nanti lama pula mereka menunggu kita." tegur ibu semasa masuk ke dalam bilik Sha. Sha hanya memberikan isyarat tangan tanda dia menyuruh ibunya untuk menunggu dia kerana masih belum siap solekkan yang dikenakan oleh kakak saudaranya itu. "Baiklah ,ibu dan ayah tunggu diluar yer ,nak ! Nanti bila sudah selesai ,lekas-lekas turun." ibu menghabiskan pesanan yang ingin disampaikannya dari tadi lagi. Bunyi deringan telefon bimbit Sha menandakan ada panggilan yang sedang menunggu jawapan dari empunya badan. Sha mencapai telefon bimbitnya lalu mengangkat panggilan tersebut. "Hello ,ada apa ya ?" tanya Sha tanpa mengenal pasti akan gelaran yang sedang bercakap dengannya sekarang. "Hey sayang ,berhias cantik nampaknya." suara itu memuji-muji Sha. Sangkaan Sha bahawa panggilan yang diterimanya ialah dari bakal suaminya Amran. "Mestilah kena cantik-cantik ! Kan ini majlis akad nikah kita ,lagipun Sha berhias cantik-cantik ni pun untuk Am jugakan." Sha membalas bualan dengan hati yang gembira. "Sha ,Sha ! Mudah sangat u lupakan suara ni kan ,sampai-sampai u sudah tidak cam." suara itu mengejutkan Sha. Ternyata sangkaannya merosot kerana gelaran yang sedang dia bercakap ini bukannya Amran. Sha segera melihat di skrin tatapan telefon bimbitnya itu ,terpampang nama Johan disitu. "Apa yang engakau mahu lagi hah ? Tak sudah-sudahkah kau kacau hidup aku ! Sampaikan aku sudah mahu dimiliki oleh lelaki lain,kau masih berani kacau aku. Cukup-cukup la ,kau pergi cari orang lain untuk gantikan tempat aku disisi kau itu."jawab Sha dengan nada yang begis. "U ingat senang-senang i nak lepaskan u macam tu ja ! Selagi dendam i tak terbalas jangan haraplah i akan berhenti ganggu hidup u. Macam i kata dulu ,kalau i tak dapat miliki u ,maka orang lain pun tak akan dapat miliki u. Jaga-jaga sayang !" Joe memberi amaran keras kepada Sha lalu dimatikan panggilannya. Resah ,gelisah tak menentu dihati ini. Hatinya jadi tak tenang setelah mendengar kata-kata yang disampaikan oleh Joe sebentar tadi. Fikirannya melayang-layang memikirkan masalah apa pula akan muncul. Rasa tidak enak akan perasaan ini seperti ada sesuatu yang buruk akan berlaku. Terlintas di fikirannya mengenai bakal suaminya yang tercinta Amran.

Sha mendail nombor Am dengan hati yang gusar. Dia ingin memastikan bahawa Amran berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Dia menunggu dengan penuh harapan agar Am mengangkat panggilannya dengan segera. "Assalamualikum my cinta ! Takkan nerves kot nak jadi isteri Am yang sah ,sampai-sampai telefon Am nih."Am membuka bicara dengan tanda sebagai mengejek Sha. Sha menarik nafas lega apabila mendapati bakal suaminya berada dalam keadaan yang baik-baik saja. Rasa seperti satu beban yang dipikulnya tadi sudah diterbangkan oleh angin yang singgah sebentar di dirinya itu. "Waalaikumussalam ! Mana ada nerves ! Sha cuma nak pastikan Am berada dalam keadaan yang baik-baik saja ,jangan perasaan ukeh." Sha melawan ejekkan yang dilemparkan oleh Am kepadanya tadi. "Ala-ala ,pandai cari alasan ek ? Sudahlah Am nak bertolak pergi masjid ni ,kita jumpa dekat sana yer ! Sha cepat-cepat siap ,jangan sampai terlewat yer. Am sudah tidak sabar ni."Am berpesan kepada Sha sebelum mematikan bualan mereka. Sha masih tidak berpuas hati kerana masih tertinggal lagi sisa baki keresahan dilubuk hatinya ini sebenarnya. Dia amat khuatir dan susah hati seperti merasa bahawa akan terjadi sesuatu yang buruk kepada Amran. Tapi dia cuba untuk sembunyikan mendung diwajahnya kerana pada hari ini akan berlangsung hari akad nikah mereka. Dia tidak mahu merosakkan segalanya. Terdetik dihati Sha "Ya Allah ,Engkau lindungilah bakal suamiku ini Amran dan lancarkanlah segala-galanya yang bersangkut-paut dengan majlis akad nikah kami ni. Sesungguhnya hambamu ini amat menyayanginya Ya Rabbi !" menitis air mata Sha tanpa disedari olehnya.


*     *     *


Majlis akad nikah diadakan di Masjid Arshad di Jalan Pangsapuri. Ahli keluarga Sha dan rombongan penganti perempuan tiba di masjid itu dengan mendulangkan beberapa hantaran bagi pihak pengantin perempuan. Mereka melangkah memasuki Masjid Arshad dengan tertib. Sha berasa hairan mengapa pihak pengantin lelaki belum tiba di sini padahal tadi dia baru saja diberitahu oleh Am bahawa dia akan bertolak kemari ke sini. "Bukankah rumahnya lebih dekat dengan masjid ini berbanding dengan rumah aku? " terbit dihatinya rasa ingin tahu dimana keberadaan Am sekarang. Sejam setengah telah berlalu ,penganti lelaki masih  belum menunjukkan muka. Orang yang seharusnya mengijap kabulkan akad nikah kami mengadu bahawa dia tidak boleh lama-lama disini kerana masih banyak lagi majlis akad nikah yang harus dihadiri olehnya. Resah dan gelisah mula mengaut dibahu Sha. Sha pergi mendapatkan ibu untuk meminta telefon bimbitnya. Dia merasa seperti ada suara yang menyuruhnya menelefon Am. Ibubapa dan saudara maranya menasihatinya agar berbanyakkan bersabar dan berdoa agar Am berada dalam keadaan selamat sejahtera. Apabila mendapatkan telefon bimbitnya Sha dengan segera mendailkan nombor telefon Am lalu dipanggilnya. Dengan harapan setinggi gunung agar panggilannya dijawab oleh Amran. Hampa ,kecewa apabila mendapati bahawa panggilannya tidak dijawab sama sekali. Sha tidak berputus-asa untuk terus membuat panggilan berkali-kali pada telefon bimbit Am. Sehinggalah tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang berusia 40-an menjawab. Dia kenal benar dengan suara Am sehinggakan dapat mengagak suara siapa yang sedang bercakap dengannya. "Hello ,boleh saya tahu ini siapa ?" lelaki itu memulakan bicara. Sha merasa pelik dan aneh. "Hello ,saya bakal isteri dia ! Siapa yang bercakap dan dimana Amran sekarang ?" Sha mengujarkan soalan pada lelaki yang berusia 40-an itu. "Terlebih dahulu saya nak minta cik dan ahli keluarganya banyakkan bersabar ! Mungkin perkara yang hendak saya sampaikan ini akan mengejutkan kalian semua." lelaki itu bercakap dengan nada yang agak pilu. "Ya baiklah ,tapi boleh saya tahu apa sebenarnya yang berlaku ? Tolonglah beritahu saya." Sha menjawab dengan hati yang tabah dan sabar. Dia benar-benar risau akan keadaan kekasihnya itu. "Sebenarnya......Sebenarnya....."

To be continue 

DENDAM CINTA SEMALAM (PART 10)



Semasa berada didalam kereta Am untuk menuju ke sebuah restoran yang berada di Jalan Panglima. Am memulakan kata-kata manisnya untuk bermanja-manja dengan Sha buah hatinya. "Sayang ,nak makan apa ? Sayang makan la yer ,oder ja Am belanja. Khas dan istimewa untuk jantung hati Am seorang ni !" Am ketawa sopan. Sha hanya mengiyakan pertanyaan Am tanpa berpandang secara muka ke muka dengan Am. Am berasa hairan dengan tindakkan Sha terhadap dirinya. Dia bertanya "Sha marahkan Am sebab tak beritahu Sha dulu tentang pagi ni ? Niat Am nak buat surprise dekat Sha ,tapi nampaknya Sha macam tak sudi." Sha tersentak dengan perkatan-perkataan yang keluar dari mulut Am. "Am ,Sha tak marah dekat Am pun. Jangan risau ,Sha tak cukup tidur ja semalam ,tu mood Sha kurang baik hari ni." jawab Sha serba salah. "Maknanya selepas kita cakap semalam Sha tak tidur lagi ,Sha ada masalah yang perlu teman untuk berkongsi ? Kalau ada ,ceritalah pada Am ! Apa gunanya Am ni." Am merasa dirinya seperti tiada erti di mata Sha. Hati Sha mula menjadi sayu ,hati kecilnya bertanya "Apa patut aku buat ? Perlukah aku ceritakan segalanya yang berlaku semalam dekat Am ? Aku takut dia akan sedih dan kecewa dengan sikap aku. Rasanya biar aku berdiamkan diri dulu."

*     *     *

Di restoran ,Am dan Sha membuat pesanan makanan. Selepas beberapa minit hidangan yang dipesan pun datang. Pelayan di restoran ini memang pandai melayan tetamu dengan muka yang manis sahaja. "Sha buka mulut luas-luas ,Am nak suap ni !" Am menghulurkan sesudu makanan dengan menggunakan sudu yang telah disediakan. Sha merasa agak kekok dengan tindakkan Am itu terus menggeleng-gelengkan kepala tanda tidak setuju. Am memuncungkan mulutnya kerana sikap Sha yang kurang mesra dengannya hari ini. Bunyi deringan telefon Sha menandakan ada pesanan masuk. Sha terlebih dahulu membaca pesanan tersebut dari melayan karenah Am itu. Pesanan itu datangnya dari Joe dan dalam pesanan itu tertulis "Mungkin sekarang dia boleh suap menyuap u ! Tapi selepas ni jangan harap ! I akan pastikan dia menyesal ,dan termasuk u sekali. Jaga-jaga sayang." Air muka Sha mula berubah ,dia terpaku dengan pesanan itu. Am melihat muka Sha yang secara tiba-tiba berubah selepas membaca mesej itu. Lantas Am segera merampas telefon bimbit Sha untuk mengetahui apa yang tertulis pada pesanan mesej itu. Sha tidak mampu melawan kerana Am memegang erat telefon bimbitnya itu. "Apa semua ni ? Siapa dia Sha ,berani-beraninya dia ugut buah hati Am ! Siap bersayang-sayang lagi ,hebat !" Am berasa geram dengan pesanan yang dihantar oleh Joe sebentar tadi. Sha hanya mampu terdiam seribu bahasa kerana lidahnya kelu untuk berbicara. Am segera menelefon nombor tersebut kerana bimbang mungkinkah ini yang menjadikan sikap Sha aneh dan dingin dengannya pada hari ini. 

"Hello ,kau ni siapa hah nak ugut-ugut bakal isteri aku ? Kau fikir kau hebat sangat !" Am memarahi Joe dengan nada yang tak puas hati. "Kau tanya aku siapa ? Kau cuba tanya dekat buah hati kau tu siapa aku sebenarnya ,sebab aku rasa dia lebih mengenali aku ! Aku nak peringatkan kau ,jangan harap kau akan dapat Sha dengan mudah sebab dia hanya milik aku seorang sahaja. Ingat benda tu ! Dan satu lagi tolong sampaikan salam sayang dan rindu aku dekat dia ,cakap dekat dia kalau Bie dia rindu sangat-sangat !" Joe ketawa megah lalu dimatikan panggilannya. Am berasa amat marah dan bengang dengan perkataan yang keluar dari mulut Joe sebentar tadi. "Kurang ajar ,berani-beraninya dia ugut aku !" ujar Am dalam memek muka yang agak menyeramkan. "Sha dia ni siapa ,cakap dekat Am betul-betul." Am bertegas dengan Sha. " Am ,Sha tak kenal dia sungguh !" Sha mula resah ,kalau boleh dia tidak mahu menyakiti hati Am lagi. "Sha jangan tipu Am ,siapa dia !! Cakap !!"  Am mula naik berang. Mahu tak mahu Sha terpaksa menjawab pertanyaan Am dengan sejujur-jujurnya. "Dia Johan ,bekas kekasih Sha yang dulu ! Am masih ingat lagikan ,dulu Sha pernah mederita disebabkan dia ,dan Am la yang datang pulihakan keadaan Sha. Maafkan Sha Am ! Sha tipu Am ,Sha tak ceritakan segalanya yang benar dekat Am walaupun Am bertanya. Sha takut Am akan marah dan kecewa dengan sikap Sha. Sha takut sangat kehilangan Am !" Sha menitiskan airmata jernihnya itu ,kerana menyesal akan perbuataannya yang bodoh itu. 

Panas dihati Am sudahpun mula reda ,Am menatap sepuas-puasnya muka Sha. "Sha ,Sha tahu tak perkara yang Sha lakukan itu salah ! Sepatutnya sejak dari semalam Sha kena cerita dekat Am perkara yang sebenar ,jangan main sembunyi ja dari Am. Kalau Am tahu mudahlah Am untuk terus berhati-hati dan sentiasa melindungi Sha ! Sha perlu ingat yang Am sayangkan Sha sangat-sangat ,kalau boleh Am tak nak sesiapa pun sakitkan atau lukakan Sha. Sebab Am tak nak kehilangan Sha lagi ,Sha satu-satunya orang yang paling berharga buat Am sekarang dan selamanya. Sha jangan buat lagi yer ,jangan risau pasal budak tu ,tahulah Am ajarnya nanti." Am memujuk Sha dari terus menangis kerana tidak sanggup melihat kekasinya bersedih. Sha hanya mampu memohon kemaafkan atas sikapnya yang salah itu. "Maafkan Sha yer Am ,Sha tak fikir semua tu. Sha bersalah sebab tak hargai Am sebaik-baiknya. Sha pun kalau boleh tak nak kehilangan Am ,sebab Sha sayangkan Am sangat. Sha tak nak dia rosakkan segala-galanya yang telah kita bina bersama. Sha tak nak !" mengadu Sha kepada Am tentang isi hatinya. "Sudahlah jangan bersedih lagi yer sayang ,sudah tak cantik Am tengok. Mana Sha Am yang dulu ,senyum cikit alalalaaahh ! pujuk Am manja. Sha pun mula mengukirkan senyuman dibibirnya kerana lucu dengan tindakkan Am. Bab pujuk memujuk memang akan menang dekat Am.

*     *     *

Setelah sampai dirumah selepas dihantar pulang oleh Am. Sha terus naik ke bilik untuk isti-rehatkan dirinya. Maklumlah dia tidak dapat tidur lena semalam. Sha merebahkan dirinya di atas katil miliknya itu ,tanpa menyalinkan baju yang dipakainya tadi. Sha memandang siling biliknya itu dan mengingati segala yang telah berlaku padanya senjak dua hari ini. Sedang leka dia mengingati permasalahan itu ,tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Sha terjaga dari dek renungannya dan mencapai telefonnya itu. Tertera nombor Johan yang memanggilnya ,"Apa lagi yang dia mahu dari aku ,memang gila bayang sungguh." Sha sengaja membiarkan panggilan itu dan tidak menjawabnya. Sha tidak mahu sakitkan hati Am kesayangannya itu lagi. "Ouh sekarang u sudah tak nak angkat panggilan daripada i ,tak apa u buat tak endah dekat i. Tunggu ,i akan buat hidup u sengsara dan merana sebab layan i macam ni. U akan terima balasan dari i. Sha u ingat i bodoh ,u salah sangat" terkumat-kamit bibir Joe melafazkan rasa dendam yang membara dalam dirinya itu.

To be continue


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...