Kawan Paling Setia

"DENDAM CINTA SEMALAM" (PART3)



Genap 2 tahun Sha hidup tanpa kasih sayang dari seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati. Sha sering mengurungkan dirinya di dalam bilik. Sha juga kurang makan sehinggakan family-nya bimbang kalau-kalau dia akan jatuh sakit. Pagi Sabtu ,ibubapa sha membawa sha keluar bersiar-siar ditaman agar anak kesayangan mereka lebih bersemangat untuk teruskan hidup. "Ibu dan ayah tolong tinggalkan Sha dekat sini sorang-sorang ! Sha nak tenangkan fikiran kejap bolehkan ?!" kata Sha kepada ibu bapanya dengan sopan. Lantas ibu bapa nya pun pergi beradar dari situ atas permintaan anak kesayangan mereka. Duduk Sha keseorangan disitu memikirkan nasibnya.

Tiba-tiba muncul seorang jejaka mengampiri Sha sambil berkata "Apa yang ditermenungkan tu ? Jauh benar nampaknya." Sha tersentak selepas mendengar suara misteri itu dari belakangnya. Lalu dia menoleh ke belakang dan melihat seorang jejaka yang tampan sedang memerhatikannya. Dia hanya memekakkan telinga dengan pertanyaan dari jejaka tersebut. Jejaka itu duduk di sebelahnya lalu berkata "Jangan menyeksa diri kita atas perbuatan orang lain ! Yang berlaku tetap berlaku ,kita harus merelakan ia pergi ?!" Sha memandang ke arah jejaka itu dengan penuh tanda tanya. "Setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya ,Tuhan menduga kita tanda Dia masih ingat akan kita ! Syukurlah wahai anak adam ?" kata jejaka itu lagi. Menitis air mata Sha apabila mendengar segala kata-kata hikmah dari mulut jejaka yang seakan-akan tahu akan masalah yang dihadapi oleh dirinya. "Terlalu perit untuk saya menelan semua ini ! Ia bagaikan satu mimpi ?!" kata Sha memberanikan diri. "Awak perlu sedar masih ramai lagi yang diuji oleh Allah malah masalah mereka lebih berat dari awak sekarang ! Terimalah mimpi ini sebagai satu cabaran buat awak." kata dia kepada Sha. 

"Siapakah awak wahai jejaka ?" tanya Sha kepada dia. "Nama saya Amran. Panggil saja saya Am ! Awak pula siapa wahai cik manis? " soalnya. "Saya Khairulnisha. Panggil saja saya Sha itu panggilan manja saya !" kata Sha tanpa malu-alah. "Salam berkenalan ? Walaupun kita baru saja kenal dan Am pun tak tahu apa masalah Sha tapi Am dapat baca kalau Sha ada masalah yer ?" soal Am lagi. "Salam kenalan juga ! Iyea Am ,Sha ada masalah besar yang selama ini Sha tak pernah harunginya seorang diri. Sha takut Am" tiba-tiba Sha menjadi ramah dengan Am. "Sha ,Am nasihatkan Sha jangan pernah takut untuk mengharungi sesuatu dugaan yang diberikan. Beranikan diri Sha ,lawan semua ketakutan itu yakin kalau Sha tak pernah bersendirian. Sha ada family Sha ,kawan-kawan Sha dan sekarang Sha ada Am ! Jadi Sha jangan takut ukeh ?!" kata-kata Am dapat menenangkan hati Sha. "Terima kasih Am ,Am banyak tolong nasihatkan Sha sampai Sha bersemangat untuk teruskan hidup Sha balik ! Am kita tak kenal berapa rapat tapi Sha yakin Am orang yang baik hati budinya." kata Sha melauhkan isi hatinya kepada Am. "Sha ,anggap saja kita suda lama kenal ukeh ? Mulai sekarang kita jadi kawan rapat yer ,dengan itu kita boleh kenal lebih rapat !" sekali lagi kata-kata Am membuatkan hati Sha tenang. "Baiklah kita kawan baik mulai sekarang !" kata Sha sambil tersenyum manis.

Bisik hati Sha "Ya Allah ,Engkau untuskan sesorang yang membuatkan hidup aku kembali bersemangat ! Terima kasih Ya Allah ,Engkau masih sayangkan aku ! Benarlah kata-kata Am setiap dugaan yang Engkau berikan pasti akan ada kebahagian kelak. Syukur ku panjatkan ke atas Mu !"

To be continue >

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...