Sekian lama aku mengenali hati budi Am dan ternyata bahawa dia begitu baik hati orangnya. Dia bagaikan cahaya yang menemani aku tika kegelapan. Sejujurnya ,dia ialah semangat aku untuk aku teruskan kehidupan. Setelah 4 bulan kami mengenali antara satu sama lain ,kini mula lah bibik-bibik cinta yang suci dari hati masing-masing. Tanpa aku sedari aku mula jatuh hati kepada Am dan Am pula bagaikan memberi "respon" kepada aku. Apakah sekali lagi pintu hatiku diketuk oleh seorang jejaka yang dulunya aku kunci rapat-rapat kerana pernah dikecewakan ?
* * *
Petang selasa telefon bimbit aku berbunyi. "Ring ! Ring ! Ring !". Lantas aku mengangkatnya dengan hati yang gembira kerana yang menghubungi aku itu ialah orang yang aku tunggu-tunggu. "Assalamualaikum ? Am ada apa telefon Sha ?" tanya Sha sambil mengangkat telefon bimbitnya. "Waalaikumussalam ! Am tak boleh telefon Sha ke ? Atau Am ganggu Sha petang ni ?" jawab Am dengan hati yang agak hampa. "Eh ,bukan macam tu la Sha maksudkan Am. Am tak ganggu Sha pun ,maapkan Sha kalau kata-kata Sha tadi sakitkan hati Am ?" jawab Sha dengan hati yang bersalah. "Tak la Sha ,Am yang salah sangka tadi. Am telefon Sha ni sebab Am nak ajak Sha keluar makan malam nanti. Sha free kan?" tanya Am. "Ouh ,jadi Am telefon Sha petang ni nak ajak Sha keluar malam karang ?! Mesti la free orang suda ajak keluar tu ,makan free lagi mesti Sha nak ! Rugi kalau Sha tolak ni ,hahahaa !" jawab Sha sambil ketawa. "Hahahaa ,Sha ni ada-ada la mestila Am belanja Sha ! Kan Am yang ajak Sha ,jadi Sha nak la keluar nan Am malam karang ?! Yess !! Ukeh ,malam ni Am pergi ambil Sha dekat rumah tepat pukul 8 malam. Ukeh ?" tanya Am lagi ."Ukeh ,Sha tunggu Am datang ! Assalamualaikum ? " kata Sha. "Waalaikumussalam !" jawab Am. Talian mereka pun terputus.
* * *
Malam itu Sha berhias cantik dengan memakai baju kurung kesukaannya berwarna emas keperangan. Manakala Am pula bergaya segak dengan baju T-shirt warna hijau kulit pisang. Tak lama kemudian ,Am datang dengan menaiki keretanya. Sebelum itu Sha suda menunggu Am di halaman rumah kerana ibu bapanya menyuruhnya bersiap lebih awal kerana mengetahui bawaha anak gadis mereka akan ada temu janji malam ini dengan Am. "Mak cik ! Pak cik ! Saya bawa Sha keluar kejap malam ni ,makan malam ! Mak cik dan Pak cik tak nak ikut ?" tanya Am kepada kedua-dua ibu bapa Sha tanda mengajak. "Eh ,tak payah la Am ! Pergi saja kalian berdua ! Mak cik dan Pak cik tak nak ganggu temu janji kalian berdua. Nanti kami ni kacau daun pula kalian hendak bersama !" jawab mak Sha tanda memerli mereka. "Mana ada Mak cik dan Pak cik menganggu kami !" kata Am tersipu malu. "Sudah la ,kalian berdua pergi saja. Mak cik dan Pak cik tunggu di sini saja yer ! Pergi ,nanti kalian lambat balik pula.!" jawab ibu bapa Sha tanda mereka setuju anak gadis mereka di bawa pergi oleh Am. "Baliklah ,Mak cik ! Pak cik ! Kami pergi dulu ?!" jawab Am sambil membuka pintu kereta buat Sha.
Sepanjang perjalan mereka ke tempat tersebut. Am dan Sha berbual-bual kosong dengan pelbagai cerita-cerita masing-masing. Perbualan mereka penuh dengan gelak tawa seperti sepasangan kekasih yang sedang mabuk bercinta.
To be continue >
No comments :
Post a Comment