Kawan Paling Setia

Menangis Tak Semestinya Lemah




Assalamualaikum semua ,selamat malam :)






MENANGIS semua orang pernah merasainya dan mengalaminya. lepas ja aku dengan Dia tak berhubung hari tu ,aku menangis dalam hati sebab tak ada siapa yang tahu. aku sedih sangat entah la kenapa cepat sangat menitiskan air mata ni. bila terkenangkan apa yang dia buat dekat aku dulu dan sekarang ,hati aku jadi sebak tiba-tiba. aku hanya mampu menangis untuk sementara waktu ,satu hari tu aku betul-betul tak ada mood nak bercakap ,bergelak ketawa ,atau melayan karenah orang. sakit hati aku belum sembuh lagi ,bila fikir-fikirkan balik aku nampak lemah sangat masa tu. aku rasa aku lemah dengan lelaki dan perasaan aku sendiri. apa-apa yang berkaitan dengan orang yang aku sayang cepat sangat aku menangis. air mata ni dah jadi kawan baik aku bila aku sedih ,apa-apa mesti air mata saja dapat teman dan fahami aku. bukan aku tak nak ceritakan masalah aku dekat orang lain atau kawan-kawan aku ,aku tak nak bebankan mereka dengan masalah aku ,lagipun aku memang suka pendam dari berkata-kata. sampai satu hari tu kawan baik aku ,dia selongkar blog aku dan terbaca entri aku pasal "TENTANG DIA" jadi dia cepat-cepat tanyakan aku pasal entri ni dan apa maksud aku sebenarnya. mula-mula aku malu dan segan sangat nak cerita ,lepas dipujuk akhirnya aku cerita jugak pasal DIA. alhamdulillah ,kawan aku sudi dengar segala luahan hati aku dan sedia untuk menasihati aku. aku ceritakan segalanya dekat dia dari A hingga Z. aku juga cerita pasal aku menangis bila teringatkan tentang dia. kawan aku ada bagi nasihat yang sangat mujarab dan salah satu kata-kata dia yang membuatkan aku betul-betul tertarik. "kita perlu menangis pada mulanya sebab diakhir tangisan kita baru kita akan jadi kuat ,tabah dan sabar. menangis tak semestinya menampakkan kita ni lemah ,tapi menampakkan betapa kuatnya kita hadapi cabaran tu" lepas dengar nasihat ni terus aku jadi kuat. kata-kata dia betul-betul menyentuh hati aku ,ya tepat sekali ,kenapa aku nak takut untuk menitiskan air mata. tak semua orang yang menangis tu adalah lemah ,mereka menagis pada mulanya sebab mereka nak luahkan dan buang segala kepedihan dan kesakitan yang mereka alami ,pengakhiran tangisan tu akan menjadikan mereka lebih baik matang dari sebelumnya dan rasional dalam tangani cabaran yang mendatang. terima kasih kawan sebab kata-kata kau la sekarang membuatkan aku cukup kuat dan tetap bertahan walaupun disudut hati kecil aku sebenarnya aku tak kuat. 





Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta


1 comment :

khairie said...

menangis boleh mengurangkan tekanan.menangis yg sebaikya hanya kerana Allah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...