Kawan Paling Setia

K-Pop Kalender 2015




Assalamualaikum ,hai semua :)



Tadi tengah hari saja rancang nak keluar seorang-seorang pergi ronda-ronda kawasan sungai petani gitu. bosan tak tahu nak buat apa jadi Ninie minta kebenaran Umi nak keluar kejap. alhamdulillah Umi bagi ,siap tanya pergi dengan siapa lagi ,Ninie cakap pergi seorang-seorang ja malas nak ajak kawan kejap lagi mesti tak jadi lah ,lagi pun tak nak kacau mereka tengah sedap-sedap bercuti SPM katakan. mula-mula rancang nak pergi Fatimah Bakery ja nak beli roti pizza kedai tu ,tapi tiba-tiba teringat kedai buku Hasani. kedai buku Hasani tu duduk dekat dengan Fatimah Bakery tu tak kisah sangat kalau nak menjelajah sana sini sekali pun. jadi tengah hari tu jadi la keluar ikut rancangan Ninie tadi ,mula-mula tu singgah Hasani sebab niat nak beli buku novel ka atau kisah apa-apa yang manfaat untuk diisikan masa cuti ni. masuk ja kedai tu tup-tup niat terus berubah ,kaki terus menuju tempat buku majalah. tak apa lah cuci mata kejap tengok majalah yang baru dan best-best dekat situ. sekali imbas ternampak buku majalah EPOP ,ala buku majalah tentang korea tu. hahahaa terus tangan ni gatal pergi ambil ,belek-belek ja yang mampu sebab buku majalah tu dibalut dengan plastik. yang bestnya buku EPOP tu dijual sekali dengan kalender 2015 punya ,wahhhh 'cool' ja tengok. depan kalender tu tulis banyak nama kumpulan k-pop ,'melting' okey.


Rasa tarikan magnetik tu kuat sangat bila tengok kalender tu mau taknya ada EXO ,BIG BANG ,VIXX,T-ARA ,SHINEE ,INFINITE ,2PM ,SUPER JUNIOR ,GIRL GENERATION ,BAP dan macam-macam lagi la. memang 'style' la dalam kalender tu ,dari bulan januari sampai la disember macam-macam ragam ,macam-macam muka kumpulan k-pop yang ada. kalau korang tengok pun mesti korang akan tertarik ,dan akan kata kreatif siapa yang reka kalender ni ,mau taknya dengan possing gambar yang cun-cun dari artis-artis korea buatkan korang nak miliki kalender ni. tak percaya ? cer tengok........


JANUARY 2015-EXO


FEBRUARY 2015-BIG BANG AND GIRL'S GENERATION


MARCH 2015-SUPER JUNIOR ,INFINITE AND SHINEE


APRIL 2015-WINNER ,B.A.P ,BTOB AND BTS


MAY 2015-2PM ,GOT7 ,TVXQ AND JYJ


JUNE 2015-APINK ,B1A4 ,NUEST AND BOYFRIEND


JULY 2015-FT ISLAND ,CNBLUE ,VIXX AND BEAST


AUGUST 2015-RUNNING MAN ,SHINHWA AND TEEN TOP


SEPTEMBER 2015-LEE MIN HO ,KIM SOO HYUN ,KIM WOO BIN AND LEE JONG SUK


OCTOBER 2015-2NE1 ,SISTAR ,T-ARA AND KARA


NOVEMBER 2015-RED VELVEY ,SECRET ,GIRL'S DAY ,HYUNA ,ORANGE CARAMEL AND SUZY


DECEMBER 2015- KRIS ,LUHAN ,HENRY LAU ,LEE SEUNG GI ,U-KISS AND BLOCK B


BOYS REPUBLIC ,ZE:A ,LUNAFLY ,ALPHABAT ,RAINBOW ,AOA ,AKMU ,100 % AND CRAYON POP


haaa macam mana ,cantik tak ,kreatif tak ,'staylo' tak ???
sebab cantik ,kreatif ,'staylo' la Ninie beli ,ala bukan selalu kan nak meriah sambut tahun baru 2015 ni ,sebenarnya berhajat sangat agar tahun baru yang akan mendatang ni lebih baik dari yang sebelumnya sebab tu la dapat sambut dengan beli kalender daebak-daebak (hebat) ja yang mampu :) jadi bagi siapa yang teringin dan nak miliki kalender ni boleh dapatkan dekat kedai buku ka kedai runcit yang berdekatan dengan kediaman rumah anda ye. harga bagi keseluruhan buku EPOP dan kalender adalah RM12,90 aja ,nak kata murah tu tak la sangat tapi berpatutan dengan apa yang akan korang terima. beli cepat-cepat takut kehabisan stok sebab sekarang dah tengah bulan 12 dah pun. Ninie harap korang dah simpan niat yang baik untuk tahun 2015 yang akan mendatang ni. AMIN !!! sama-sama kita berusaha perbaiki apa yang patut dan apa yang kurang. sekian..... :D







Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta

7 comments :

Zara Nabilah said...

http://online-story-mory.blogspot.com/p/bigg-boss.html Dah follow awak, follow balik kalau sudi

Cik_Shiqah said...

saya suka juga korea ni tapi suka tgk drama korea je. klau artis2 dia kurang sikit tp paling suka running man. haha :D

nik anna said...

peminat k pop upenye..=)..

Sweet Pea said...

wahhh....bestnya..

NiniHanini said...

dulu obses gila, pantang jumpa majalah epop confirm beli,ahaha. tapi lepas habis sekolah, dah kurang sikit. tpai, lagu dengan drama layan jer XD

Unknown said...

omooo ada INFINITE , nak kena beli niiii ><

done follow sini . annyeong ^^

sabrinashekhahmad said...

comel je yang may punya ^^ ina suka ^^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...