Kawan Paling Setia

"DENDAM CINTA SEMALAM" (PART 7)



Malam itu Am bersiap awal kerana tidak sabar-sabar ingin berjumpa dengan bakal mertuanya. Am menaip pesanan ringkas kepada Sha. "My Cinta ! Am nak bertolak pergi ke rumah Sha kejap lagi ,Sha tunggu Am ukeh ? Sayang my cinta !". Pesanan itu dihantarnya kepada Sha. Sambil itu hati kecilnya berbisik "Betul ke apa yang aku buat ni ? Adakah aku bertindak terlalu terburu-buru. Ibubapa Sha nak ke menantukan aku ni ? Aku hanya orang biasa tak la berada sangat." Tiba-tiba hatinya memberontak seolah-olah memberinya semangat. Ish ! Apa aku cakap ni ,cepat atau lambat aku nak Sha jadi milik aku juga. Aku kena berani mencuba dan membuat kedua-dua ibubapa Sha terima aku! Apa-apa pun keputusan mereka aku terima ?!" bisik hati Am. Am bergegas pergi ke keretanya lalu dipandunya. Sepanjang perjalanan ke rumah Sha ,fikiran Am melayang-layang kerana memikirkan tentang hubungannya dengan Sha. "Aku boleh buat ! Ya ,aku yakin aku boleh buat demi Sha aku sanggup. Itu la isi hati Am yang tak habis-habis memberinya semangat.

*     *     *

Sha menunggu Am dihadapan pintu rumahnya. Sha kelihatan amat gelisah kerana Am belum muncul-muncul lagi. "Pin ! Pin ! Pin !" bunyi hon kereta Am. Sha tersenyum sambil melihat kereta Am ,akhirnya kekasih hatinya muncul juga. Sha menyambut kedatangan Am dengan senang hati. "Am datang juga ,ingatkan selimutkan diri dalam rumah. Iyea la kan ! Takut nak jumpa bakal mertua." sindir Sha sambil tersenyum melihat wajah Am. "Eleh ,ni anak jantan la ! Tak kan nak selimutkan diri dekat dalam rumah kot malu la Am nanti. Apa la my cinta ni nakal sungguh ! Nak manja-manja la tu dengan Am kan ?!" kata Am sambil membalas sindiran Sha. "Eeerrr ,Am ni la ada pula macam tu ! Suda-suda masuk ke dalam rumah cepat nanti mak dan ayah kata apa pula berbual-bual lama dekat luar." nasihat Sha kepada Am. "Baiklah ,untuk Sha Am sanggup masuk dalam sebab nak melamar Sha tahu ! Demi my cinta Am sanggup lakukannya ?!" tegas Am kepada Sha. "Iyea-iyea Sha percaya dekat Am ! Am lelaki yang sejati ,kena berani ! Jangan takut-takut tak ada benda yang kalau kita usaha dengan bersungguh-sungguh mesti akan berjaya." Sha memberi nasihat kepada Am. "Sha terima kasih sebab selalu sokong Am ! Am bersyukur sebab dapat kenal Sha !" luahan Am kepada Sha. Tiba-tiba suara lain mencelah "Apa yang disembang dekat luar tu ?! Masuk dalam la dulu ,sembang di dalam !". Mereka berdua tersengih melihat mak Sha memanggil mereka. "Jom kita masuk mereka suda tunggu lama tu !" ajak Sha. Mereka pun masuk ke dalam rumah dengan penuh harapan.

"Assalamualaikum Mak cik ! Pak cik !" ucap Am sambil menyambut tangan ibubapa Sha. "Waalaikumussalam Am ! Masuk-masuk." jawab kedua-dua ibubapa Sha. "Mak cik ! Pak cik ! Sihat ?" tanya Am kepada ibubapa Sha. "Alhamdulillah ,sihat sejahtera ! Tadi Sha ada beritahu Mak cik dan Pak cik tentang kedatangan kamu ke sini. Katanya Am ada sesuatu hendak beritahu kami ! Benda apa ,boleh kami tahu  ?!" ibubapa Sha menanyakan soalan kepada Am. "Hah ? Ouh jadinya Sha suda memberitahu Mak cik dan Pak cik ! Sebenarnya ,saya datang malam ni membawa hajat yang besar ! Terus terang saja ,saya ingin melamar puteri Mak cik dan Pak cik untuk dijadikan pasangan sehidup semati saya. Sudikah Mak cik dan Pak cik menerima lamaran saya ?" tanya Am kepada kedua ibubapa Sha dengan wajah yang serius. "Alhamdulillah ,jika begitu Mak cik dan Pak cik merestui lamaran kamu ! Tapi pasal terima atau tidak itu kita kena la tanya empunya badan dulu. Dari situ kita akan mengetahui jawapannya sama ada dia setuju atau bukan !" jawab ibubapa Sha dengan jawapan yang lengkap. "Macam mana Sha ? Kamu terima atau tidak lamaran Am untuk menjadikan kamu puterinya sehidup semati ?!" tanya ibu kepada Sha. Sha hanya menganggukkan kepalanya sambil tersenyum lebar tanda setuju. Akhirnya selesai juga soalan hati ke hati ini. Hubungan mereka berdua telah mendapat restu dari kedua-dua pihak.

Nampak gayanya tidak lama lagi pasangan merpati dua sejoli ini akan hidup bersama-sama. Awal bulan November ni perkahwinan mereka akan dilangsungkan. Hanya tinggal lagi satu bulan akan berlangsungnya majlis raja sehari secara besar-besaran. Buat masa sekarang tinggal hal risik -merisik dan persediaan untuk barang-barang perkahwinan mereka.

To be continue >

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...