Kawan Paling Setia

"DENDAM CINTA SEMALAM" (PART 6)



"Am ,Am boleh mencintai dan menyayangi Sha buat selama-lamanya !" jawab Sha sambil tersenyum melihat Am. "Maksud Sha buat selama-lamanya ? Sha ,Am tak faham !" kata Am dengan tanda tanya. "Am..Am.. Sha..Sha.." perlahan-lahan Sha menyebutnya membuatkan Am terus tertanya-tanya. "Sha ! Jangan la main-main ?!" kata Am sambil tersenyum. "Hahahaa ,Am ni la. Cuba la bawa bersabar Sha nak cakap la ni ! Sha terima lamaran Am !" ucap Sha sambil ketawa sempoi. Dahi Am berkedut dengan memek muka yang agak kelakar. Sha ketawa melihat wajah Am yang agak lawak kerana terkejut mendengar jawapan Sha kepadanya. "Am ! Am ukeh tak ni ? Kalau Sha cakap tadi membuatkan Am jadi macam ni. Sha tarik balik la ayat Sha tadi yer ?!" tanya Sha kepada Am tanda mengejek. "Sha ! Sha tak perlu tarik semua kata-kata Sha ni. Am terharu sangat-sangat kalau lamaran Am tadi Sha terima. Ya Allah syukur Alhamdulillah aku panjatkan pada mu !" jerit Am sambil memandang ke langit. Laut itu menjadi saksi cinta antara mereka.


*     *     *

Sampai di rumah Sha ,Am memberitahu Sha. "Sha terima kasih sebab sudi terima lamaran Am. Terima kasih juga sebab sudi keluar dengan Am malam ni ! Am bahagia sangat-sangat malam ni. Terima kasih sekali lagi Sha ?!" cakap Am kepada Sha tanda berterima kasih. "Am ! Sha pun bahagia sangat malam ni sebab Am suda buat Sha yakin untuk memberanikan Sha bukakan lagi pintu hati Sha untuk orang lain. Pasal lamaran Am ! Sha ikhlas terima Am sebab Sha anggap kalau semua ni anugerah daripadaTuhan kepada Sha.Mungkin semua ni hikmah disebalik kekecewaan yang selama ini Sha tanggung. "Iyea la Sha ! Am pun bersyukur sangat-sangat. Jadi sekarang ni Sha suda jadi milik Am. Jadi kita kena saling jujur dan percaya antara satu sama lain ukeh ? Sha jangan curang-curang belakang Am. Am sayangkan Sha tahu !" ungkap luahan isi hati Am kepada Sha. "Iyea la Am ! Sha janji ! Tapi Am pun jangan curang-curang belakang Sha ,kalau Sha dapat tahu nahas Am , Sha kerjakn !" jawab Sha sambil tersenyum.


"Sha pergi masuk rumah nanti ibu bapa Sha risau pula tunggu anak gadis mereka belum balik. Nanti Am juga yang di salahkan sebab bawa anak gadis mereka balik lewat malam. Am tak masuk dah dalam rumah Sha sebab suda lewat malam ni. Nanti lambat pula sampai rumah ,kirim salam saja dekat ibu bapa Sha !" suruh Am kepada Sha untuk cepat masuk kedalam rumah. "Baiklah Am ,Sha masuk dulu yer ! Am pandu kereta hati-hati ! Ingat orang yang tersayang tahu ! Bila suda sampai rumah telefon Sha ukeh ! Janji ?!" nasihat Sha kedapa Am. "Janji Am akan telefon Sha. Orang yang Am sayang tu Sha la siapa lagikan. Hehehee !" kata Am sampil tersipu malu. Malam itu berakhir dengan penuh senyuman dan gelak ketawa.

Pagi Rabu. Am  bangun awal kerana ada sedikit urusan di pejabat. Dia sempat menghubungi kekasih hatinya Sha. "Assalamualikum Cinta !" ucapnya kepada Sha. "Waalaikumussalam Am ?" jawab Sha sepontan. "Suda bangun ke belum sayang Am ni ? tanya Am lagi. "Suda la ,semestinya bukan macam Am tu hehehee. !" jawab Sha sambil memerli. "Eleh iyea la tu sayang Am ni ,Am nak kasi tahu sikit dekat Sha kalau malam ni Am akan datang rumah Sha nak buat kejutan dekat ibu bapa Sha. Am nak beritahu mereka kalau Am nak melamar anak kesayangan mereka ni. Tapi Sha janji dengan Am jangan bagi tahu dekat Mak cik dan Pak cik tahu ! Jadikan ni rahsia kita berdua saja orait ?" beritahu Am kepada Sha tentang rancangannya untuk ibu bapa Sha pada malam ni. "Am serius nak datang rumah Sha malam ni dan bagi tahu ibu bapa Sha kalau Am akan mengahwini Sha ?" tanya Sha dengan perasaan yang agak terkejut. "Sha dengar sini ! Am benar-benar serius dengan segala omongan Am tadi. Am nak sangat Sha jadi milik Am yang sah ! Yer sayang Am ni ,kenapa tak percaya ke ?!" jawab Am dengan yakinnya. "Percaya la ! Baiklah kalau macam tu Sha akan siapkan makan malam Am dengan ibu bapa Sha. Nanti kalau apa-apa Am bagi tahu Sha tahu ! Bye-bye ,sayang Am !" kata-kata manis yang keluar dari mulut Sha sebelum mematikan talian. 


Tidak sempat Am membalas salam sayangnya kepada Sha talian mereka suda pun diputuskan oleh Sha. Tapi Am berasa amat berpuas hati dan gembira dengan kata-kata Sha tadi kepadanya. Kata-kata itu masih terniang-niang ditelinganya sambil mengukirkan senyuman manja.


To be continue >

No comments :

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...