Sampai saja di tempat makan malam mereka. Mereka duduk berdua di sebuah meja yang dihias dengan lilin dengan hembusan angin laut seperti suda mengetahui temu janji mereka. "Wah ,indah nian tempat ni Am ! Pertama kali Sha sampai dekat tempat yang begitu indah yang selama ini Sha tak pernah sampai lagi !" kata Sha dengan hati yang amat kagum dengan keindahan sekeliling. "Sha suka dengan tempat ni ? Am pilih khas untuk makan malam kita malam ni ! Lagipun Am nak yang terbaik untuk Sha ?!" jawab Am dengan hati yang gembira melihat orang yang dia suka selama ini menyukai tempat yang di pilih olehnya. "Mesti la suka ! Suka sangat-sangat Am ! Terima kasih Am ,sebab bawa Sha dekat tempat yang indah sangat ni !" kata Sha lagi tanda memuji Am. "Sama-sama Sha ! Tak apa nanti bila-bila kita datang lagi dekat sini ! Am bawa dan belanja Sha lagi ?! Nak ?" tanya Am dengan senyuman yang amat manis. Sha hanya menanggukkan kepala tanda setuju.
* * *
Makanan yang ditempah oleh mereka pun sampai. Sedang asyik mereka menikmati makanan yang dihidang. Tiba-tiba 3 orang pemain biola datang ditempat mereka dengan dendangan lagu kesukaan Sha iaitu "Tercipta untuk ku" nyanyian Unggu ! Yang dipilih oleh Am khas buat Sha. Lalu tanpa diduga oleh Sha ,Am telah mengeluarkan cincin belian yang dibelinya petang tadi untuk melamar Sha. "Sha ! Sudikah Sha menjadi teman hidup Am sepanjang hayat Am ?" keluar kata-kata yang tidak diduga oleh Sha dari mulut Am. Sha menitiskan airmata sambil melihat segala yang dilakukan oleh Am kepadanya. Mulut Sha seakan tersimpan rapi kerana terlalu terkejut dengan apa yang berlaku. "Sha ! Am ikhlas mencintai Sha ! Am tak akan paksa Sha kalau Sha masih tak bersedia menerima Am ?! Tapi Am minta dekat Sha tolong la fikir masak-masak sebelum bagi apa-apa jawapan dekat Am ! Am terlalu berharap dekat Sha. Sha wanita yang Am kenal selama ni dan telah bertakhta dalam hati Am sejujur-jujurnya !" tambah Am lagi. "Am kenapa Am buat semua ni dekat Sha ?!" Kenapa Am?" tanya Sha ingin mengetahui segala maksud isi hati Am.
"Sha ,Am buat semua ni dekat Sha sebab Am cinta dan sayangkan Sha sepenuh hati Am ! Mungkin ini terlalu awal bagi kita berdua tapi sebelum Sha menjadi milik orang lain biarlah Am bertindak dahulu. Am nak Sha jadi milik Am dengan sah tanpa ragu-ragu lagi. Biar ibu bapa kita masing-masing tahu hubungan kita. Am melamar Sha sebab Am rasa Sha perempuan yang sesuai berada dalam hati Am !" jawab Am dengan yakinnya tentang soalan yang ditanyakan oleh Sha. "Am ,Am tahukan Sha pernah dikecewakan dulu ! Hati Sha masih sakit dengan semua itu. Sha tak nak jadi orang bodoh yang mudah percayakan laki yang hipokrit ni !" tegas Sha. "Sha ,salahkah kalau Am jujur dengan Sha ? Sha ,Am sudi mencintai Sha kalau Sha beri peluang yang kedua buat Am ! Am tak nak Sha terus hanyut dengan perasaan yang dulu pernah dikecewakan oleh seseorang lelaki yang tak pandai menghargai cinta Sha. Bangunlah Sha dari semua ni ! Buka mata luas-luas kalau Sha tak boleh seksa hidup Sha macam ni ! Sha kena teruskan hidup Sha yang seteusnya !" jawab Am untuk menyakinkan Sha menerimanya. Sha berdiri dari tempat duduknya lalu pergi ke tepi laut untuk menenagkan fikirannya yang sedang serabut dengan persoalan tadi.
Am kejar Sha sampai di tepi laut. Am berdiri disebelah Sha dengan harapan boleh menenagkan Sha yang dalam keadaan tak tentu arah. Am pegang tangan Sha lalu berkata "Sha ,Am tak nak paksa Sha kalau masa sekarang Sha tak boleh lagi terima Am ! Ukeh ,Am terima semua tu tapi Am tak nak lepas ni Sha menjauh diri dari Am ! Sebab Am terlalu sayangkan Sha. Sha tolong izinkan Am untuk terus mencintai Sha dan menyanyangi Sha seperti first kita kenal ?!"
To be continue >