Aku meminta kepada TUHAN setangkai bunga segar,IA memberi kaktus berduri.Aku meminta kupu-kupu,tetapi diberi ulat berbulu.Aku sedih dan kecewa...Namun kemudiannya,kaktus itu berbunga,bunga itu kelihatan sangat indah.Dan ulat berbulu itu pula menjadi kupu-kupu yang sangat cantik.Lalu hatiku terdetik untuk berkata bahawa "Itulah jalan TUHAN,indah pada masaNYA ! TUHAN tidak memberi apa yang kita harapkan,tetapi IA memberi apa yang kita perlukan.
Kadang-kala kita sedih,kecewa dan terluka akan tetapi jauh diatas segalanya IA sedang mengatur jalan yang terbaik dan paling bermakna dalam kehidupan kita.Jadi bersabarlah mengharungi dugaan yang diberikan...