Kawan Paling Setia

Cinta Yang Satu




Kisah ringkas yang membuatkan saya terpegun bila membaca dan disudut hati kecil saya berbisik ,"inilah cinta yang abadi !". walaupun pahit rasanya melepaskan seseorang yang kita sangat cintai dan sayangi ,tapi inilah yang terbaik untuk kita terus dekat dengan Pencipta asal kita yang sebenar. hayati iktibar dan pengajaran yang hendak disampaikan ,cukup memberikan impak positif dalam hidup anda. walaupun panjang tapi anda tidak menyesal membacanya ,itu janji saya :)


PERTEMUAN di Cafe Kara pada petang tu, membuatkan Aiman tak senang duduk. fikiran teringat akan seorang gadis yang berjaya membuat hati dia terbuai. it has been quite some time. sejak form 1 lagi. dan sekarang jumpa balik. di universiti yang sama. cuma berlainan course.

dia seakan tak percaya. perasaan yang sudah lama dipendam kini semakin hangat. bak kata orang, kembali mendidih. acap kali kedengaran istighfar meniti di bibirnya. akhirnya, jari jemari menekan butang send. audio 'you are the one' by raef.

mata asyik tertumpu pada conversation whatsapp. menunggu balasan dari si gadis.

seminit..
dua minit..
tiga minit..
empat minit..

bzzz. bzzz.

"apa ni?"

"hayati lirik tu dan fahamkan. then tell me the answer. sudi ke tak."

"are you serious Aiman Arshad Shamsudin?"

"i am. saya dah lama suka awak."

"this is not the right way. i'm not ready."

"just tell me. that you love me the way i do or not. only then i'll be okay."

"saya pun suka awak."

bibir kembali senyum sampai telinga. sampai tak sedar Hafiz Aqil yang sedang murajaah AlQuran surah AnNisa memandang aneh.

"saya akan kahwini awak satu hari nanti."

"i'll wait for that day."

"just you wait. "

dan hari demi hari, semakin kerap whatsapp dan berkongsi segala suka dan duka. segalanya indah. indah semua apabila hati berbunga kan?

***

sebulan berlalu.

di satu sudut. Farah Aina sujud di sejadah sangat lama.
selesai salam terakhir, dia menangis sambil meruap muka.

malu ! malu dengan diri sendiri yang makin tak tahu malu.
bermaksiat. ye.. zina ! zina hati je... "JE" takkan ubah apa apa.

yang dosa tetap dosa.

"ala ramai je orang lain bercinta."

what is wrong is wrong even if everyone is doing it. hati segera menangkis.

"tapi aku tak pernah langkau syariat!" hati tetap membantah.

betul ke...? setiap hari whatsapp. even bertanya khabar. tapi perasaan halus tu sentiasa menjalar di hati. sentiasa tersengih sorang-sorang. sampai kadang tertinggal date dengan Allah pukul 3 pagi semata nak melayan whatsapp dari si dia pada pukul 1, 2 pagi. selalu cemburu bila si dia digosipkan dengan perempuan lain. selalu stalk profile dan segala yang berkaitan dengan dia sampai kadang menangis tak henti sebab cemburu.

"aku..."

dan masa tu, sejadah menjadi tempat airmata meresap. mata bengkak. badan lemah. hanya pada Allah boleh diluah. hanya Allah yang mengerti saat itu. betapa berdosanya diri. tapi masih, diselubungi perasaan 'Takut Untuk Sakit Bila Berjauhan' jadi..

"Ya Allah.. tolong bukakan hati si dia untuk sedar akan hakikat ini juga.. tolong ya Allah.. kurangkan sakit yang aku rasa ni.."

dan malam tu, di saat yang lain nyenyak dibuai mimpi.
seorang gadis di sudut ruang kamar. menangis dan menangis. kerana dosa.

***

"Ai'e. syok whatsapp? dengan siapa?" tegur Hafiz. memulakan bicara.

"oh tak adalah. dgn member sekolah lama." jawab Aiman sambil sengih.

"aku bukan apa. tapi aku tengok kau ni dah lain." berhati hati Hafiz menuturkan.

"lain macam mana?" Aiman menegakkan badan dan bersila di atas kerusi.

"boleh kita bincang kejap?" ajak Hafiz.

"sure." iPhone diletak tepi dan di tukar mode silent. something sounds fishy.

"tengah berbunga ke?" Hafiz senyum segaris. sekadar bermanis.

"eh apa? what do you mean?" Aiman kerutkan dahi tanda tak faham.

"look. let me be honest. sebab kau member aku since first time kita masuk universiti lagi. satu course. satu bilik. satu kelas. dan, satu agama. aku sayang kau kawan"

"eh jap jap. ada apa hal ni?"

"aku tak larang kau nak bercinta. tapi biarlah cinta tu, kerana Allah. bukan kerana nafsu. selagi belum halal, selagi tu ada jarak. got me?"

"oh.. tapi aku tak ada la sampai bersayang semua. aku cuba limitkan pergaulan kami."

"hati?"

diam. gulp! tersedak. batuk dua kali untuk hilangkan payau di tekak.

"Ai'e.. even kita dah limitkan pergaulan. contact tanya khabar ke. sembang through phone sambil cakap benda baik ke. ingat, syaitan tu ada. bunyi kecil simple gitu je kan? tapi, little do we now. benda kecil macamtu lah, yang kita orang belajar agama ni. selalu rebah kena hentam dengan nafsu. are you with me?"

"proceed." mata merah. tahan airmata dari tumpah ke lantai. muka ditunduk.

"aku tahu. kau sayang dia. tapi, jarak tu still exists. kalau masa ni kau enjoy kenal dan suka-suka dengan dia. lepas itu. do you think and jamin yang lepas nikah pun boleh kenal lagi? save. save manja. save cinta. save kata-kata manis. tu semua, lepas nikah. kau lelaki. dia tu perempuan. aku rasa si dia tu pun bukan calang-calang orang. sebab aku tau, kau terpikat dengan agama dia. at first. perempuan ni umpama air mutlak. kenapa kita nak musta'malkan dia? kenapa nak sentuh hati dia awal-awal? kenapa nak cemarkan hati dia dengan kita yang masih belum sedia salam tok kadi ni?"

tersentak. diam. airmata mula menuruni pipi.
dan sekarang. Aiman Arshad Shamsudin sedang menangis. Sebab dosa.

Hafiz mendekat dan peluk bahu dengan tangan sebelah dan bisik.

"kita tak tahu dengan siapa kita akan nikah. kita tak tahu bila kita akan nikah. tapi kita kena ingat. kita jugak tak tahu, bila kita akan mati dan macam mana kita akan mati. persiapkan diri. mana tahu, diri kita ni akan bernikah dengan sakaratul maut dulu?"

"tapi.. aku sayang dia lillahitaala. aku pilih dia sebab agama dia."

"sayang tu bukan dengan kata-kata. jangan ucap sayang kerana Allah. jangan syok berkata kerana Allah sedangkan Allah jelik dan tak redha dengan apa yang kita lakukan. jangan syok sendiri. kadang-kadang, kita kena berbalik pada fitrah. jiwa bertuhan. memang cinta itu fitrah juga. tapi, jangan sampai jadi fitnah."

"aku sayang dia Fiz.. sakit sangat perpisahan tu. aku tak sanggup hilang dia."

"yakin dengan Allah Ai'e. jangan cakap macam kau tak ada Tuhan. kita merancang. Tuhan yang tentukan."

"doakan aku berjodoh dengan dia.. Fizz." rintih Aiman dalam sendu.

"aku takkan doakan kau berjodoh dengan dia. tapi aku doakan kau berjodoh dengan orang yang terbaik untuk kau. Ai'e.. barangkali. kita suka akan sesuatu tapi sebenarnya ia tak baik untuk kita dan barangkali kita tak suka akan sesuatu tapi sesungguhnya ia baik untuk kita. janji Allah Ai'e. pegang betul-betul. perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. strive untuk jadi lelaki yang baik."

"kalau aku tak ada jodoh dengan dia.."

"redha. aturan Allah tu the best. jangan pernah persoalkan kenapa dan kenapa. sebab sesungguhnya, semuanya berhikmah. husnudzhon Ai'e. yang penting. doa ! doa yang berterusan. Aku tahu kau kuat."

"Fizz.."

"dah jom pergi surau. sahut seruan Ilahi, Allah rindu nak dengar rintihan kau. Allah rindu kau beb."

***

seminggu kemudian.

bzzz. bzzz.

"Farah Aina Sanusi. saya rasa saya dah buat keputusan yang terbaik. saya akan stop contact awak lepas ini. saya tak janji. tapi saya akan cuba yang terbaik. buat masa ni, saya harap awak kuat dan tabah nak hadap dunia ni. lepas ni dah tak ada saya untuk ingatkan awak dhuha. sila paham sendiri. lepas ni tolong, behave attitude. saya mintak maaf sebab pernah buai hati awak dan saya maafkan awak sebab pernah buai hati saya. hati ni masih tak rela. tapi in order to achieve mardhatillah. saya buat keputusan ni. jangan salah faham. saya tak benci awak. saya nak, kita jaga sesama menjaga. saya tak nak kita terus hipokrit. senang buat apa saja atas nama 'cinta lillah'. saya nak jaga cinta ni. sebab saya nak Allah redha cinta yang saya bina. insha Allah, kalau berjodoh. saya sendiri akan jumpa wali awak. ya salam. jaga hati. jaga iman."

whatsapp yang baru diterima dibaca sebaik sahaja sudah melipat kain solat. kaki disila dan bersandar di satu sudut masjid. airmata bercucuran. tak mampu nak gambarkan apa rasa saat ini.

sakit.
gembira.

berbaur rasa.
'Allah makbulkan doa aku.. tapi.. ya Allah.. sakit.' airmata deras mengalir.

sneakers hitam disarung ke kaki sambil kepala menengadah langit. langit mendung. semendung hati. air mata tak habis habis menuruni pipi. seakan ingin meluahkan segala isi rasa yang ada. gadis berbaju kurung biru laut memulakan langkah dengan lafaz yang mulia. Bismillahirrahmanirrahim. setiap derapan kaki menandakan dia kini sudah tekad. mahu melupakan setiap apa yang pernah terjadi. demi cinta yang suci ! demi cinta Allah yang hakiki !


Maaf jika ada mana-mana pihak telah membaca kisah ini ,saya dapat dari kawan saya di whatapps ,saya kongsi disini sebab kisah ini begitu menarik bagi saya. harap dapat menginsafkan hati anda :')









Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta

K-Pop Kalender 2015




Assalamualaikum ,hai semua :)



Tadi tengah hari saja rancang nak keluar seorang-seorang pergi ronda-ronda kawasan sungai petani gitu. bosan tak tahu nak buat apa jadi Ninie minta kebenaran Umi nak keluar kejap. alhamdulillah Umi bagi ,siap tanya pergi dengan siapa lagi ,Ninie cakap pergi seorang-seorang ja malas nak ajak kawan kejap lagi mesti tak jadi lah ,lagi pun tak nak kacau mereka tengah sedap-sedap bercuti SPM katakan. mula-mula rancang nak pergi Fatimah Bakery ja nak beli roti pizza kedai tu ,tapi tiba-tiba teringat kedai buku Hasani. kedai buku Hasani tu duduk dekat dengan Fatimah Bakery tu tak kisah sangat kalau nak menjelajah sana sini sekali pun. jadi tengah hari tu jadi la keluar ikut rancangan Ninie tadi ,mula-mula tu singgah Hasani sebab niat nak beli buku novel ka atau kisah apa-apa yang manfaat untuk diisikan masa cuti ni. masuk ja kedai tu tup-tup niat terus berubah ,kaki terus menuju tempat buku majalah. tak apa lah cuci mata kejap tengok majalah yang baru dan best-best dekat situ. sekali imbas ternampak buku majalah EPOP ,ala buku majalah tentang korea tu. hahahaa terus tangan ni gatal pergi ambil ,belek-belek ja yang mampu sebab buku majalah tu dibalut dengan plastik. yang bestnya buku EPOP tu dijual sekali dengan kalender 2015 punya ,wahhhh 'cool' ja tengok. depan kalender tu tulis banyak nama kumpulan k-pop ,'melting' okey.


Rasa tarikan magnetik tu kuat sangat bila tengok kalender tu mau taknya ada EXO ,BIG BANG ,VIXX,T-ARA ,SHINEE ,INFINITE ,2PM ,SUPER JUNIOR ,GIRL GENERATION ,BAP dan macam-macam lagi la. memang 'style' la dalam kalender tu ,dari bulan januari sampai la disember macam-macam ragam ,macam-macam muka kumpulan k-pop yang ada. kalau korang tengok pun mesti korang akan tertarik ,dan akan kata kreatif siapa yang reka kalender ni ,mau taknya dengan possing gambar yang cun-cun dari artis-artis korea buatkan korang nak miliki kalender ni. tak percaya ? cer tengok........


JANUARY 2015-EXO


FEBRUARY 2015-BIG BANG AND GIRL'S GENERATION


MARCH 2015-SUPER JUNIOR ,INFINITE AND SHINEE


APRIL 2015-WINNER ,B.A.P ,BTOB AND BTS


MAY 2015-2PM ,GOT7 ,TVXQ AND JYJ


JUNE 2015-APINK ,B1A4 ,NUEST AND BOYFRIEND


JULY 2015-FT ISLAND ,CNBLUE ,VIXX AND BEAST


AUGUST 2015-RUNNING MAN ,SHINHWA AND TEEN TOP


SEPTEMBER 2015-LEE MIN HO ,KIM SOO HYUN ,KIM WOO BIN AND LEE JONG SUK


OCTOBER 2015-2NE1 ,SISTAR ,T-ARA AND KARA


NOVEMBER 2015-RED VELVEY ,SECRET ,GIRL'S DAY ,HYUNA ,ORANGE CARAMEL AND SUZY


DECEMBER 2015- KRIS ,LUHAN ,HENRY LAU ,LEE SEUNG GI ,U-KISS AND BLOCK B


BOYS REPUBLIC ,ZE:A ,LUNAFLY ,ALPHABAT ,RAINBOW ,AOA ,AKMU ,100 % AND CRAYON POP


haaa macam mana ,cantik tak ,kreatif tak ,'staylo' tak ???
sebab cantik ,kreatif ,'staylo' la Ninie beli ,ala bukan selalu kan nak meriah sambut tahun baru 2015 ni ,sebenarnya berhajat sangat agar tahun baru yang akan mendatang ni lebih baik dari yang sebelumnya sebab tu la dapat sambut dengan beli kalender daebak-daebak (hebat) ja yang mampu :) jadi bagi siapa yang teringin dan nak miliki kalender ni boleh dapatkan dekat kedai buku ka kedai runcit yang berdekatan dengan kediaman rumah anda ye. harga bagi keseluruhan buku EPOP dan kalender adalah RM12,90 aja ,nak kata murah tu tak la sangat tapi berpatutan dengan apa yang akan korang terima. beli cepat-cepat takut kehabisan stok sebab sekarang dah tengah bulan 12 dah pun. Ninie harap korang dah simpan niat yang baik untuk tahun 2015 yang akan mendatang ni. AMIN !!! sama-sama kita berusaha perbaiki apa yang patut dan apa yang kurang. sekian..... :D







Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta

Menangis Tak Semestinya Lemah




Assalamualaikum semua ,selamat malam :)






MENANGIS semua orang pernah merasainya dan mengalaminya. lepas ja aku dengan Dia tak berhubung hari tu ,aku menangis dalam hati sebab tak ada siapa yang tahu. aku sedih sangat entah la kenapa cepat sangat menitiskan air mata ni. bila terkenangkan apa yang dia buat dekat aku dulu dan sekarang ,hati aku jadi sebak tiba-tiba. aku hanya mampu menangis untuk sementara waktu ,satu hari tu aku betul-betul tak ada mood nak bercakap ,bergelak ketawa ,atau melayan karenah orang. sakit hati aku belum sembuh lagi ,bila fikir-fikirkan balik aku nampak lemah sangat masa tu. aku rasa aku lemah dengan lelaki dan perasaan aku sendiri. apa-apa yang berkaitan dengan orang yang aku sayang cepat sangat aku menangis. air mata ni dah jadi kawan baik aku bila aku sedih ,apa-apa mesti air mata saja dapat teman dan fahami aku. bukan aku tak nak ceritakan masalah aku dekat orang lain atau kawan-kawan aku ,aku tak nak bebankan mereka dengan masalah aku ,lagipun aku memang suka pendam dari berkata-kata. sampai satu hari tu kawan baik aku ,dia selongkar blog aku dan terbaca entri aku pasal "TENTANG DIA" jadi dia cepat-cepat tanyakan aku pasal entri ni dan apa maksud aku sebenarnya. mula-mula aku malu dan segan sangat nak cerita ,lepas dipujuk akhirnya aku cerita jugak pasal DIA. alhamdulillah ,kawan aku sudi dengar segala luahan hati aku dan sedia untuk menasihati aku. aku ceritakan segalanya dekat dia dari A hingga Z. aku juga cerita pasal aku menangis bila teringatkan tentang dia. kawan aku ada bagi nasihat yang sangat mujarab dan salah satu kata-kata dia yang membuatkan aku betul-betul tertarik. "kita perlu menangis pada mulanya sebab diakhir tangisan kita baru kita akan jadi kuat ,tabah dan sabar. menangis tak semestinya menampakkan kita ni lemah ,tapi menampakkan betapa kuatnya kita hadapi cabaran tu" lepas dengar nasihat ni terus aku jadi kuat. kata-kata dia betul-betul menyentuh hati aku ,ya tepat sekali ,kenapa aku nak takut untuk menitiskan air mata. tak semua orang yang menangis tu adalah lemah ,mereka menagis pada mulanya sebab mereka nak luahkan dan buang segala kepedihan dan kesakitan yang mereka alami ,pengakhiran tangisan tu akan menjadikan mereka lebih baik matang dari sebelumnya dan rasional dalam tangani cabaran yang mendatang. terima kasih kawan sebab kata-kata kau la sekarang membuatkan aku cukup kuat dan tetap bertahan walaupun disudut hati kecil aku sebenarnya aku tak kuat. 





Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta


Proses Terjadinya Pelangi




Assalamualaikum semua ,hai selamat sejahtera :)


Penat cari info pasal PELANGI hari ini. mau taknya tiba-tiba hati dan fikiran ni nak sangat selongkar pasal pelangi. nak tahu macam mana pelangi terbentuk ,macam mana pelangi terjadi ,terjadi sebab apa ,benda apa yang menyebabkan pelangi terjadi dan macam-macam la nak tahu. teruja sangat nak tahu pasal pelangi ni sebab 2 hari lepas dapat tengok pelangi yang terang ,warna penuh dan "curve" yang lengkap dari mula sampai penghujung. memang tak dapat dinafikan perasaan masa tu sangat teruja ,sangat gembira dan rasa bertuah sangat sebab dapat lagi nikmati keindahan alam. betullah tiada kuasa yang paling hebat dapat diatasi selain Yang Maha Esa. Allahu ! jadi dah terlanjur cari pasal pelangi ni ,nak la kongsikan dekat korang semua bagaiman proses terjadinya pelangi ni. unik ! menarik ! ajaib ! tak pernah terfikir pun proses macam ni boleh berlaku. meh kita kenali apa itu PELANGI dan belajar macam mana proses terbentuknya PELANGI. LLLooodddiiinnnggg.......



PELANGI merupakan suatu busur spektrum besar yang terjadi kerana pembiasan cahaya matahari oleh butir-butir air. Pelangi adalah gejala optik dan meteorologi berupa cahaya beraneka warna saling sejajar yang nampak di langit atau medium lainnya. Di langit, pelangi nampak sebagai busur cahaya dengan hujungnya mengarah pada horizon pada suatu saat hujan renyai. Pelangi juga dapat dilihat di sekitar air terjun yang deras.

Biasanya fenomena ini terjadi ketika udara sangat panas tetapi hujan turun rintik-rintik. Kita dapat melihat jelas fenomena ini, jika kita berdiri membelakangi cahaya matahari. Pelangi dapat pula terbentuk kerana udara berkabus atau berembun.



Dalam ilmu fisik, pelangi dapat dijelaskan sebagai sebuah peristiwa pembiasan alam. Pembiasan merupakan proses diuraikannya satu warna tertentu menjadi beberapa warna lainnya (disebut juga spektrum warna), melalui suatu medium tertentu pula.

Pada pelangi, proses berurainya warna terjadi ketika cahaya matahari yang berwarna putih terurai menjadi spektrum warna melalui media air hujan. Adapun spektrum warna yang terjadi terdiri atas warna merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.

Fenomena pelangi dapat pula terjadi di sekitar air terjun. Percikan air di sekitar air terjun menjadi medium untuk menguraikan warna dari cahaya matahari yang bersinar.





PROSES TERJADINYA PELANGI dengan cahaya matahari sebagai cahaya polikromatik (terdiri dari banyak warna). Warna putih cahaya matahari sebenarnya adalah gabungan dari pelbagai cahaya dengan panjang gelombang yang berbeza-beza. Mata manusia sanggup menangkap paling tidak tujuh warna yang dikandung cahaya matahari, yang akan terlihat pada pelangi: merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo, dan ungu.

Panjang gelombang cahaya ini membentuk pita garis-garis paralel, setiap warna bertindih dengan warna di sebelahnya. Pita ini disebut spektrum. Di dalam spektrum, garis merah selalu berada pada salah satu sisi dan biru serta ungu di sisi lain, dan ini ditentukan oleh perbezaan panjang gelombang.

Pelangi tidak lain adalah busur spektrum besar yang terjadi karena pembiasan cahaya matahari oleh butir-butir air. Ketika cahaya matahari melewati butiran air, ia membias seperti ketika melalui prisma kaca. Jadi di dalam tetesan air, kita sudah mendapatkan warna yang berbeda memanjang dari satu sisi ke sisi tetesan air lainnya. Beberapa dari cahaya berwarna ini kemudian dipantulkan dari sisi yang jauh pada tetesan air, kembali dan keluar lagi dari tetesan air.

Cahaya keluar kembali dari titisan air ke arah yang berbeza, bergantung pada panjang gelombangnya. Perbezaan panjang gelombang ini, akanmewujudkan warna-warna pada pelangi yang tersusun dengan merah di paling atas dan ungu di paling bawah pelangi.


Turut dikatakan bahawa pelangi bermula dari ketika cahaya matahari melewati sebuah titis hujan yang kemudian dibelokkan atau dibiaskan menuju tengah titis hujan tersebut, yang memisahkan cahaya putih itu menjadi sebuah warna spektrum. Kemudian, warna-warna yang terpisah ini memantul di belakang titis hujan dan memisah lebih banyak lagi saat meninggalkannya. Akibatnya, cahaya nampak melengkung menjadi kurva warna yang disebut sebagai pelangi. Cahaya dengan panjang gelombang terpendek seperti ungu, terdapat di bagian kurva dan yang memiliki panjang gelombang terpanjang seperti merah terdapat pada bagian luar.

Pada abad ke-17, ilmuwan inggris, Isaac Newton, (1642 -1727) menemukan bahawa cahaya putih matahari sebenarnya adalah campuran dari cahaya pelbagai warna. Dia menyorotkan sedikit sinar matahari melalui sebuah prisma kaca berbentuk segitiga (blok kaca) dalam sebuah ruang gelap. Bentuk prisma tersebut membuat bekas sinarnya membelok dan kemudian memisah menjadi suatu pita cahaya yang lebar. Di dalam pita ini, Newton melihat tujuh warna yang disebut spektrum. Warna-warna ini adalah merah, jingga, kuning, hijau, biru, indigo dan ungu.

Semua cahaya bergerak dalam bentuk gelombang. Panjang gelombang adalah yang menentukan warna cahaya tersebut. Kadang, sebuah pelangi kedua yang lebih redup dapt terlihat di atas pelagi utama karena cahaya telah dipantulkan atau dibiaskan lebih dari sekali di dalam titis-titis air hujan. Warna-warna pelangi kedua ini terbalik, merah di dalam dan ungu diluar. Warnanya tidak pernah secerah pelangi utama kerana setiap kali cahaya dipantulkan, ada sedikit cahaya yang hilang.

Pada tahun 1852, ilmuwan Jerman, Ernst Von Brycke, menyatakan bahwa warna biru langit diakibatkan oleh partikel-partikel di atmosfer yang menyebarkan cahaya matahari saat memasuki atmosfer. Kemudian, dua fisikawan Inggris, Lord Rayleigh (1842-1919) dan John Tyndall (1820-1893) mempunyai penjelasan lain. Rayleigh berpendapat bawah bahagian biru dari cahaya matahari disebarkan oleh debu dan wap air, tetapi dia salah. Molekul udara sendirilah yang menyebarkan cahaya. Meskipun demikian kita masih menyebut jenis penyeberan ini sebagai efek Tyndall, atau penyebaran Rayleigh, sesuai dengan nama kedua ilmuwan tersebut.

Permandangan Indah Pelangi:-














Ini saja yang dapat Ninie kongsikan untuk tontonan korang semua ,infomasi ni Ninie ambil dalam internet ja ,jadi sebarang rujukan tambahan boleh cari di internet. Harap dapat membantu anda :)






Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta


Pembentukan Air Hujan



Assalamualaikum semua ,selamat sejahtera !





Alhamdulillah hari ni dekat Kedah kawasan Sungai Petani hujan turun dengan lebat sangat. rahmat Allah katakan ! kalau cerita pasal hujan mesti ramai orang suka sebab banyak manfaatnya contoh air hujan boleh kurangkan suhu panas di muka bumi ,boleh suburkan tanaman bagi pertanian ,sumber minuman dan boleh nikmati keindahan ciptaan Yang Esa. tapi ada juga sesetengah golongan akan mengeluh bila hujan turun ,mau tak nya mengeluh sebab ada aktiviti luar contoh nak keluar dengan kawan-kawan ,nak main dekat taman ,banjir dan sebagainya. korang tahu tak tak baik kalau kita mengeluh dengan kurnian Allah. Allah ciptakan hujan ada kelebihan dia tersendiri. salah satunya ,rahmat bagi orang yang sedang ditimpa masalah seperti tiada bekalan air ,kerosakkan tanaman akibat kemarau. jadi bayangkan kalau tanpa hujan apa yang akan terjadi kepada kita ? sumber bekalan air kita akan terputus ,manusia akan mati sebab kekurangan air dalam badan. korang tahukan air adalah kompenan utama dalam badan manusia untuk teruskan hidup ,manusia boleh hidup tanpa makanan tapi bukan tanpa air. jadi belajarlah hargai dan mensyukuri nikmat yang sedia ada. 

Berceloteh panjang pun tak nak sebab nanti korang akan cepat bosan kan ? jadi hari ni Ninie nak kongsi sedikit pengetahuan tentang bagaimana terbentuknya air hujan. sungguh Ninie kata ini betul-betul ajaib dan unik ,malah dalam Al-Quran turut tercatit tentang kewujudan air hujan. bagi beragama Islam ,Al-Quran sumber yang terbaik dijadikan rujukkan. LOADINGGG...........

"Dialah Allah Yang mengirimkan angin, lalu angin itu menggerakkan awan dan Allah membentangkannya di langit menurut yang dikehendakiNya, dan menjadikannya bergumpal-gumpal; lalu kamu lihat air hujan keluar dari celah-celahnya; maka, apabila hujan itu turun mengenai hamba-hambaNya yang dikehendakiNya, tiba-tiba mereka menjadi gembira"      (Al Qur'an, 30:48)




HUJAN merupakan peristiwa turunnya air dari langit ke bumi. permulaannya air hujan berasal dari air datang dari bumi seperti air laut, air sungai, air danau, air waduk, air rumpon, air sawah, air comberan, air susu, air jamban, air kolam, air ludah, dan lain sebagainya. Selain itu ,air yang berbentuk fisik, air yang menguap ke udara juga bisa berasal dari tubuh manusia, binatang, tumbuh-tumbuhan, serta benda-benda lain yang mengandung air,Hujan merupakan satu bentuk presipitasi yang berwujud cairan. Presipitasi sendiri dapat berwujud padat (misalnya salju dan hujan es) atau aerosol (seperti embun dan kabut). Hujan terbentuk apabila titik air yang terpisah jatuh ke bumi dari awan. Tidak semua air hujan sampai ke permukaan bumi karena sebagian menguap ketika jatuh melalui udara kering. Hujan jenis ini disebut sebagai virga. Hujan memainkan peranan penting dalam siklus hidrologi. Lembaban dari laut menguap, berubah menjadi awan, terkumpul menjadi awan mendung, lalu turun kembali ke bumi, dan akhirnya kembali ke laut melalui sungai dan anak sungai untuk mengulangi daur ulang itu semula.



Air-air tersebut umumnya mengalami proses penguapan atau evaporasi akibat adanya bantuan panas matahari. Air yang menguap / menjadi uap melayang ke udara dan akhirnya terus bergerak menuju langit yang tinggi bersama uap-uap air yang lain. Di langit yang tinggi uap tersebut mengalami proses pemadatan atau kondensasi sehingga membentuk awan. Dengan bantuan angin awan-awan tersebut dapat bergerak kesana-kemari baik vertikal, horizontal dan diagonal, Akibat angin atau udara yang bergerak pula awan-awan saling bertemu dan membesar menuju langit / atmosfir bumi yang suhunya rendah atau dingin dan akhirnya membentuk butiran es dan air. disebabkan terlalu berat dan tidak mampu ditompangh angin akhirnya butiran-butiran air atau es tersebut jatuh ke permukaan bumi (proses presipitasi). Karena semakin rendah suhu udara semakin tinggi maka es atau salju yang terbentuk mencair menjadi air, namun begitu jika suhunya sangat rendah maka akan turun tetap sebagai salju.


Dekat sini Ninie selitkan doa yang sunat dibacakan bila hujan turun ,khas untuk yang beragama Islam saja ,yang beragama lain ,maaf Ninie tak tahu hehe. BISMILLAH.....




Ini saja yang dapat Ninie cerita ,Ninie tak pandai sangat sebab tu Ninie cuba cari maklumat tentang hujan. Perasaan nak tahu tentang pembentukan hujan membuak-buak ,jadi ni la akhirnya jawapan yang dapat disampaikan. Harap dapat membantu :)






Kejar Cita-Cita Baru Kejar Cinta


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...